Recent Post

Thursday, April 14, 2011

Lagu Nasyid Karya Edry Abdul Halim- Hambamu

AKHIL HAYY (kiri) dan Mawi berduet menyanyikan lagu Hambamu.


Salam, selamat pagi uools, deqlis rasa sungguh teruja ingin mendengar lagu nasyid baru gubahan Edry nie... Dengarnya bakal diperdengarkan di Astro Oasis dan Saluran Radio swasta milik Astro bermula 29 Apr ini bermula jam 9 malam menerusi program IMAM MUDA. 

Petikan dari Utusan Online "Kami mahu mengkontemporarikan lagu itu supaya ia bukan sahaja mudah menarik perhatian golongan muda tetapi juga sesuai dihayati oleh semua lapisan agama dan bangsa," tuturnya.
Sebagai penyanyi lagu HambamuMawi tidak menafikan dia dapat merasakan kelainan lagu itu berbanding lagu-lagu lain yang pernah dinyanyi serta dirakamkan dalam album-albumnya sebelum ini.
Kata juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, Hambamu bukan sahaja tidak kedengaran seperti sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga mampu mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kalau nasyid mungkin orang Arab atau Islam sahaja yang sesuai mendengarnya. Tetapi lagu ini seperti kedengaran macam kontemporari dan ia ke arah world music konsepnya.


Lagu ini dinyanyikan Mawi berduet dengan Akhil Hayy. Tak sabar nak mendenarnya..adakah lagu ini bakal memecah rekod lagu Nasyid Popular lain? deqlis yakin Edry mampu mencipta kelainan. Moga lagu ini juga akan pergi jauh seperti lagu2x penyanyi Maher Zain...




2 comments:

PCL said...

suka dgr lagu2 irama nasyid...wah! memang tak sabar ni nk dgrkannya...tak tau pn lagi ttg ni..tq deqlis.

deqlis said...

sama2x... deqlis pun tak sabr nk dengar...harap2x sodap:-)))