Salam semua, semalam ada yang ting tong rumah... Sib baik tak termengaku Bibik Indon lagik..haha... bila tengok betui2x...tgk cam org keje betui2x...pakaian pun pakaian seragam Kementerian Kesihatan. oohhh...jadi memang sah laa bukan salesman..hehe... deqlis bukak pintu terus dia kasik risalah macam kat bawah nie... OOOOoooo.... nak check kesihatan rupanya... haa dalam hati bagus jugak..diorang sendiri datang ke rumah, kita tak yah p hospital berasak-asak dan beratur panjang..hehe..
Jadi sesi temuramah dan pemeriksaan akan di lakukan pada minggu hadapan. Masa selepas jam 5 petang. menurut risalah di bawah tinjauan kesihatan ini bertujuan mendapatkan maklumat terkini status kesihatan dan faktor risiko bagi penyakit tidak berjangkit yang berdasarkan bukti dalam perancangan dan pembangunan kesihatan di Malaysia. Oh bagus laa tue... al-maklumlah area sini byk yg kena denggi, patut laa check kesihatan.... deqlis mmg fobia bab2x demam denggi nie...
Haa.. bila difahamkan beliau, kiranya deqlis menjadi responden laa niehh... insyaAllah Pembantu Penyelidik KKM akan datang untuk temuramah dan isi borang soal-selidik selain pemeriksaan kesihatan seperti berat dan tinggi ( alamak ni sah2x kena diet sikit kang ter obes pulak keh keh keh ), ukur tekanan darah, paras gula dan kolesterol.. fuh harap2x sihat walafiat laa deqlis n en hb.....dan dijauhkan dari virus2x kuman H1N1 atau sewaktu dengannya...Amin..
Bila deqlis goggle berkaitan perkara nie, ada keluar berita di BERNAMA...meh deqlis tepek petikan dari Berita Ini
so lega laa jugak, at least bukan orang menyamar ke apa nak masuk rumah kita kan..?
p/s: rumah uools ada tak yang kena ???
4 comments:
salam deqlis..bestnya klu camtu..kdg2 kita nie sibuk xsempat nk check kesihatan....
cane nak dtg...orang pun takde kat umah. huhuhu
azatiesayang: w'salam, haa tulaa.. bagus jugak wat mcm nie... selalu takde masa nak pergi + malas nk tunggu lama2x..
pnstoberi: tu laa nasib2x jer la nie.. macam deqlis opis SOHO..jadi mmg kat rumah..nasib baik masa dia dtg tu deqlis tak kuar.. kena beri cadangan nie supaya ke opis2x jugak buat tinjauan kesihatan + pemeriksaan..
Post a Comment