Tidak sah jika percutian tanpa photo2x kenangan + photo2x gediks...kih kih kih di sekitar tempat penginapan kan?. Selepas cerita pasal makan2x semalam.... hari nie deqlis citer laa aktiviti selepas makan malam kami.... apa lagi pusing2x satu hotel laa... hehe...
Buat pengetahuan uools, Legend International Water Homes Hotel, Port Dickson ini terletak bersebelahan dengan Legend Water Chalet. Jadi memang boleh berjalan kaki melihat-lihat sekitar Legend water homes dan Legend Water Chalet nie.. beza dari struktur pembuatannnya, Legend International Water Homes lebih nampak eksklusif dan struktur bangunannya nampak lebih cantik. Namun Legend Water Chalet tak kurang hebatnya...
Jika dari jalan besar, jalan utama sebelum nak masuk ke hotel penginapan kami, memang agak mengelirukan sebab tiada signboard di jalan masuknya Legend International Water Homes ini. Jadi buat uools yang ingin menjadikan hotel ini sebagai salah satu destinasi percutian manis anda, jangan lupa landmarknya, jika nampak signboard Glory Beach Resort, jalan itulah yang perlu uools lalui untuk ke hotel ini. Ini kerana hotel Legend ini sememangnya bersebelahan dengan Glory Beach Resort.
perkhidmatan buggy juga di sediakan di hotel ini untuk kemudahan pengunjung dari lobby ke bilik hotel atas air yang jauhnya antara 300-500m dari lobby hotel. Kemudahan buggy dipandu oleh driver buggy iaitu pekerja hotel...bukan bileh drive sendiri ya...!! Nie deqlis curik2x jer bergambo...hehe... takde kunci pun nak start enjin.... ingat ada kunci leh rembattt japp...tapi tak dakkk so dok bergambar jer laa..hihi... mmg best bawak buggy nie...teringat bawak buggy masa shooting kat Golf Club di PJ untuk Formula Anggun Oasis dulu.... mmg terasa, alangkah bestnyer klu ada buggy ni kat rumah...p pasar pun sonang bawak dia jer...ekekekeke...
deqlis tak naik buggy tau...nie deqlis dah jalan jauh hingga hujung bilik2x hotel Legend International Water Homes yang terapung di atas air... deretannya macam mana??? tunggu entri berikutnya.... yakni gambo yang deqlis snap semasa petang ..
kat sini pun uools leh nampak, suasana deretan rumah2x..ada yang atas tanah, ada yang atas air... hotel sebelah deqlis tu ada 2 tingkat... lain-lain penghuni..maksudnya, tingkat atas penyewa lain, bilik bawah penyewa lain.... yang bilik atas nie, pool dia open tau... jika dari bilik hotel deqlis di tower, kami leh skodeng laa orang yang mandi kat sini..ekekeke... sib baik balik tak ketumbit matooo ekekekeke... al-maklumlah deqlis skodeng kanak-kanak riang bermandi-manda jerkkk...haa...jgn ingat ke lain pulak..hahaha...!!
posing kat depan pintu bilik di atas air Legend International Water Homes...cantik kan?? uools bileh tgk rumah2x terapung atas air di sini dengan pintu2x sebegini, struktur bangunan yang elegan dan batu-batu yang tersusun cantik...ditambah dengan tanaman bunga-bungaan yang memikat hati.... hmm mmg cantik keadaan panorama di sini.... deqlis rasa tempat nie romantis dan amat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin bercuti dan lari dari kesibukan kota dan mencari kedamaian serta keunikan yang tersendiri .... pandangan hotel di sini posisinya mengadap laut, memang cantik sekali...nak2x bila melihat matahari terbenam.... deqlis rasa, uools yang nak honeymoon pun sangat2x sesuai di sini...cepat2x booking...mmg berbaloi laa... al-maklumlah setiap bilik ada private pool lagik tue..leh laa berjimba-jimba romantika gituw ngehhh:-)
jalan2x kat sini...en hubby suh deqlis posing cikitt kat sini..hehe... papan tanda di sebelah deqlis tue menunjukkan bilik2x hotel yang terapung di atas air, boleh dinikmati oleh pengunjung di hotel Legend International Water Homes ini. Kalau uools nak tahu, apa yang menariknya tentang Legend International Water Homes Port Dickson ialah setiap unit di atas laut mempunyai kolam renang di dalam unit tersebut yang dapat memberikan privacy kepada pelancong... macam bilik deqlis yang deqlis dah masukkan dalam entri sebelum ini, bilik deqlis di tingkat 7, (bilik di Tower) tempohari memang ada pool kan? tak silap nama bilik deqlis Sky Pool Villa -Sky Living...
deqlis posing cam kanak-kanak rebena kat sini...ngeh ngeh ngehhh.... kawasan taman permainan ini juga disediakan..kalau berjalan 100m ke depan leh jumpa open pool pula.... Oh Ya! Sebelah kiri dan kanan taman permainan ini terletaknya deretan bilik2x hotel Legend International Water Homes nie... walau jenjalan malam, deqlis masih terdengar jeritan anak-anak yang sedang bersuka-ria bermandi manda di pool bilik penginapan masing-masing. View kat sini juga sangat menarik tau...
haa... gambar ini deqlis dah melepasi hingga ke Hotel Legend Water Chalet pula... sedang berehat2x di sekitar kolam renangnya.....eceh... kasik cuci mata sikit...
pemandangan malam....inilah jalan penghubung dari Legend Water Chalet ke Legend Water Homes
gedik santai sikit....peace!!! hehe
depan lobby Legend Water Chalet... ada air terjun... posing gaya gini ok ke??
posing lagik....
hehe..nampak keceriangan dalam kekenyangan...hahaaa....!!
dah penat jalan2x di luar... posing pulak kat ruang legar lobby hotel..... sebelum kami lepak king dalam bilik hotel. ..haa perasan tak??? kasut deqlis?? itulah kasut yg deqlis beli masa jualan gudang Hush Puppies tempohari...amacam?? jgn mareee aa..merah laa jugakkk hihi:) murah jer kasut nie ...hanya RM60 shj... berbaloi2x...:))
dalam lif pun nak bergambor.... lif cantik..ada cermin2x..i like!! al-maklumlah deqlis pantang jumpa cermin.....ekekekeke
kami balik bilik ingat nak mandi pool...tetiba layan TV... kami sempatlah jugak menonton Piala FA 2011 Kelantan menentang Terengganu...yang akhirnya menjadi milik Terengganu... "Terengganu kite" hehe.. deqlis tak kisah laa sapa2x menang..dua2x jugak kawan2x.hehe... macam deqlis kata sebelum ni, Kelantan deqlis sokong sebab deqlis suka kuih akok, Terengganu deqlis sokong pulak sebab deqlis suka kopok leko..heheh... (aci tak???) pepun tahniah Terengganu!... Bila Selangor nak menunjukkan taringnya?? eceh?? hmmm...... esoknya sebelum balik laa kami mandi pool:-)
Okaylah... deqlis dah terlompat cerita terus ke malam pulak..hihi... xtvt petang dan panorama waktu petang deqlis akan cerita on d next entry laa uools.. permisi.:-)...jika nak tahu lanjut pasal hotel Legend International Water Homes klik sini k..
3 comments:
tempat ni mmg best!!!!!!!!!!!! sangat cantik juga!!!
bestnya!sonok nengok sis jenjalan n posing2:)
bape rate ek utk 1 nite???bezz tingin nk g sini
Post a Comment