Recent Post

Wednesday, June 22, 2011

Kat Rumah Uools Ada Air tak?

Salam uools, krisis bekalan air sedang berlaku di Lembah Klang... deqlis en hb siap skype suruh deqlis tadah air lagi.... deqlis dah siap tadah air dan masak air lagi nie... mana tau tetiba terputus bekalan air pulak....sudahhh tak mandi pulak 3 hari ekekekeke..:-)

Lepas tu deqlis baca Kosmo pun ada berita...deqlis tepek di bawah

KUALA LUMPUR - Hampir 800,000 pengguna di beberapa kawasan kediaman dan komersial penting di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama 48 jam bermula pagi ini hingga pagi Jumaat ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.
Penutupan loji yang terletak di Bukit Badong, Ijok itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di pinggir ibu negara, Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, penutupan loji tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan.
"Ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan biasa, sebab itu kita telah keluarkan notis lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersiap sedia.
"Kita menjangkakan sebanyak 139,000 akaun akan terjejas dengan gangguan bekalan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

berita lanjut klik KOSMO

10 comments:

cikbintang said...

haah sis..kwsn2 area sel cm gombak,petaling jaya....ade gnguan smpai 8pg ari jumaat..huuu...sis kne g mand mne2 swimmg pool ler gamaknye da ade bju swimming kn hehee

Lizzie Yasmin said...

ptt lar dapat memo...

Mama Zharfan said...

me kat gombak but so far not affected..alhamdulillah

~cik emmie~ said...

betul la ni eh? CE ingatkan hubby memain jer semalam...adeh..

deqlis said...

to cik bintang: hehe..haha..yer laa tu mentang2x laa dia tau sis dh ada swimming suit ekekekeke....

rumah sis masih ada air... alhamdulillah lum terputus lagik..cuma langkah berjaga2x ...kot2x laa kena petang nie ke, malam ke kan??

deqlis said...

to Lizzie yasmin: ohh ye ke..kena p tadah air cepat2x tu..hehe

deqlis said...

to MZ: alhamdulillah... deqlis kat BJ nie pun sama..cuma risau laa terkena ptg/malam nie ke... so tadah jer lahh sib baik ada baldi besauu hehe

.: iEyLa :. said...

ermm..tkot la tu xpat mandi..hehe
kat n9 pon smlm kat paper de jgk tulis xde air 16 jam..tp so far ade lg..hihi..
akk jgn xmndi plak t..hihi

dilazfamily said...

kat umah dilaz ada air.meh datang sini.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

rumah eliss tak terkena :)