Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. ~ Harian Metro
Hmm... pasal tweet2x pun nk putus tunang kan?? yg pelik nya kenapa laa percaya tweet org..ntah org tu dengki ke dengan Apek...atau dengki melihat kebahagian korang berdua... dah pasal tu nak putus tunang pulak.... pepun..klu ada jodoh tak kemana kan?? klu hati masih terpaut mungkin boleh disambung kembali..tetapi jika hati dah kata lain, terpulang lah...deqlis sian kat Elia..kat blog jejariruncing pun masih ada Fan page Khairul Fahmi (Apek) nie..
Sedih pun yer...sebab dah nak masuk ramadhan kan? jadik pulak putus tunang macam nie.. deqlis lak sedey ...pepun Buat Elia harap sabar dan tabah ya..!
hmm... akan2x macam kisah seorang artis lelaki popular suatu ketika dahulu..
7 comments:
Hurmmm kita xthu kn ape yg sbenarnye jd antra diOrng..public xbOley nak tuduh sape yg salah..apek pown ade cakap yg dia masih sayangkn Elia..byk yg tlah dilalui brsama..mungkn ini bukan jOdoh diOrang..
x de jdh la tu...
kadang2 mungkin apek dh terpaut ngan some one else.. kita mana tahu.. hanya dia dan Allah sahaja tahu..
kalau betul masih ada sayang kepada Elia.. sure ada jalan penyelesaiannya.. bkn dgn putus tunang.. hmm..
tu la si elia tu..duk canang lagi kisah cinta die kat blog,fb..skrg sape ssh..apa nak jd la..dah takde jodoh nak wat camna..
huhu...semoga mereka bersatu kembali...
adoyaii..sedih jugak ler..apek2..elia2..xsangka jadi cenggini..
adeh...baru je terfikir hari tu pasal benda ni....baru sempat blogwalking dan baru terjumpa...macam2 kisah sekarang ni....
New Entry: Beethoven Virus
Post a Comment