Recent Post

Friday, August 19, 2011

Sajian Inggeris

Harrods KLCC_1.jpg



MENIKMATI hidangan minum petang dalam suasana santai bersama teman tersayang memang mengasyikkan apatah lagi jika sudah lama tidak bersua muka.

Bagaimanapun, lokasi yang menjadi pilihan perlulah jauh daripada hiruk-pikuk orang ramai kerana kebisingan persekitaran boleh membantutkan perasaan.

Di Harrolds, Suria KLCC contohnya, pengunjung boleh menikmati hidangan minum petang istimewa dalam suasana penuh mesra bersama teman dengan dekorasi dalaman kafe butik itu diilhamkan daripada gaya hidup sebenar masyarakat di England.

Untuk minum petang, Harrolds menyediakan hidangan Inggeris popular seperti skon, sandwic serta kek manakala teh dan kopi adalah minuman utama.
Chef de Cuisine, Tony Charm, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan bertanggungjawab menyajikan semua hidangan enak berkenaan.

Pengunjung boleh mencuba beraneka jenis hidangan petang yang disediakan iaitu sandwic salmon salai, sandwic daging panggang dan sandwic timun.

Menurutnya, sandwic adalah antara hidangan minuman petang yang sering dinikmati masyarakat Barat.

“Makanan ringkas seperti sandwic sesuai untuk minum petang. Ia lazimnya dimakan bukan semata-mata hendak kenyang tetapi lebih memenuhi waktu petang dalam suasana santai dan berbual-bual dengan rakan,” katanya.

Hidangan minum petang bagaimanapun tidak lengkap tanpa skon Inggeris. Hidangan diperbuat daripada mentega dan tepung khas itu enak jika dinikmati bersama jem buah-buahan seperti strawberi.

Charm berkata, juadah popular England itu juga enak dinikmati bersama krim.

Wah Es Krim...:-) mmg sodappp...:-)

Salam, uools pernah ke makan kat sini...deqlis belum pernah mencuba pun lagi... tapi bila baca ada sandwic2x tu mcm best jerr... sebab deqlis mmg hantu sandwic2x mcm Subway tu kan??hehe.. mahal ke price nya?? 




Pic source: http://alilfatmonkey.blogspot.com/2010/01/harrods-suria-klcc-english-breakfast.html
Sumber Berita: Berita Harian

3 comments:

Cik Bambam said...

subway okeh lar.. sedap jugak..price pon not bad!! ehhehe

CIK JATT said...

tempat nih nampak macam mahal je.
subway best! sihat betul sandwich dia, banyak sayur kan:)

Miss PIJAOSIX said...

bulan-bulan puase ni lapa je tgk makanan...heee