Recent Post

Tuesday, August 2, 2011

Woitt! Lebih Setengah Juta Di Rompak?


Deqlis peliklah...bulan2x posa pun nak merompak ker?? adooii...!! hmm tak tau laa Islam ke tak yg merompak nie... tp tak habis2x laaa...hari tu kes rompak Feri..ini rompak pasaraya pulak... Macam-macam laa... deqlis pelik tui..ada kaki tangan cukup sifat tubuh badan tapi masih nak merompak...deqlis tengok majalah 3 baru-baru nie, insan istimewa yang takde tangan pun berusaha mencari nafkah..bekerja dengan menggunakan kakinya..Sangat kreatif dapat menyiapkan anyaman kertas pelbagai rupa bentuk..

Inilah kalau nak kerja mudah sahaja, tanpa memanfaatkan kudrat yang Allah berikan.

nak baca berita penuh..baca di bawah nie yer..deqlis cp dari BHOnline.


KUANTAN: Enam lelaki melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM500,000 dari sebuah pasar raya di Batu 6, Jalan Gambang di sini, awal pagi semalam. 

Difahamkan perompak mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas di situ sebelum memasuki pasar raya berkenaan melalui pintu belakang.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi.



"Enam lelaki berkenaan bersenjatakan parang, pisau dan batang besi serta turut menutup muka mereka dengan kain. 

"Selepas mengikat kedua-dua pengawal keselamatan tersebut, kesemua mereka masuk ke bahagian pejabat sebelum memecahkan peti besi dan melarikan wang tunai yang merupakan hasil kutipan hujung minggu pasar raya berkenaan," katanya. 

Noor Asyikin berkata, kejadian tersebut dilaporkan selepas pengawal keselamatan itu berjaya melepaskan diri daripada ikatan pada 4 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading. - BERNAMA 



thanks sudi baca...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

kaya la perompak tuh!...depank cari duit cara yg mudah & x memenatkn..walhal dosa xfikir.
selamat berbuka Deqlis..

Anne Wahid said...

haish....dunia2..dunia....



New Entry: Oh! My Lady

Cam ne puasa pertama semalam?