Recent Post

Friday, October 29, 2010

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Selamat malam...

deqlis nak share malam nie dapat email ttg Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak...
so deqlis tepek yer...
Gambar nie sekadar hiasan semata-mata... tiada kena mengena dengan kek yang anda makan
mahupun yang bakal anda makan ngeh ngeh ngeh... kredit to google.

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang
tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid



P/S: Sekadar berkongsi info..mungkin pas nie kita leh cuba campurkan apa yg Chef Farid katakan... klu makan kek kat hotel atau mana2 yg ada rasa2 ala2 masam gitu, so tau lah kite kan?? hmm cuma masalahnya klu cheese cake susah skit kot nak identify ...sebab cheese cake ni pun ala2 masam2 dek cheese tu sendiri ...huhu.... walau apa pun carilah makanan dari sumber yang halal...dan mencari yang halal itu fardhu buat kita..



Photobucket

1 comment:

ZannaMazlan said...

bagus untuk dikongsikan....selama ni zanna x tau pun benda2 ni...huhu insyaAllah lps ni zanna akan berhati2 dlm memilih kek.. thanx 4 ur info.. :)