Recent Post

Wednesday, October 27, 2010

Eclectus yang bijak

TQ to Pak Google


Hari nie deqlis nak bercerita tentang Burung Kakak Tua hingga di jendela...hehe..eh eh eh bukan2 yang itu..itu lagu rakyat yang kite dok main masa kecik2 dulu...Ni tentang Burung Kakak Tua Eclectus... Burung ni memang cantik dan bijak..hmmbijak berkata2..... deqlis ada menonton di national geographic.. Yang membuatkan burung ini lain dari yang lain adalah yang jantan berwarna hijau dengan merah serta pirus di bawah sayap manakala yang betina berwarna ungu-biru dan merah. Burung Kakak Tua Eclectus ini nampaknya mempamerkan kasih sayang & cerdas, dengan keperibadian mellow. 

Ramai yang mengatakan burung ni seakan sama Grey Afrika (sejenis burung juga). Seperti yang kita ketahui burung kakak tua ini betah berbicara..kita samat eronok pabila melihat kemampuan mereka berbicara, dan tidak malu untuk borak2 ..heheh... 

Jika uools nk tahu burung ini juga lebih suka berbicara daripada terbang ke sana ke mari... oleh yg demikian tak hairanlah burung ini akan ikut sesiapapun dan menjadi haiwan kesayangan keluarga yang meminati burung kakak tua iyg colorful ni. Walau bagaimanapun, burung ini juga mengambil masa untuk mengenal tuan mereka... hmm dah lama2 bela tentulah burung ni pun cam tuan dia kan? tak kenal maka tak cinta...dah kenal..burung pun jatuh cinta..ngeh ngeh ngeh...

yang merah jantan, yang hijau betina... mula2 tue ingat yang merah betina..yg hijau yg jantan..tetapi mmg semua spesis ni cenggitu... ( photo kredit to google.) 

Burung Kakak Tua Eclectus ini juga memerlukan diet khas, kaya buah-buahan, sayur-sayuran berdaun hijau & kacang untuk menjaga kesihatan dan mewarnai. 

hmm masih mencari haiwan kesayangan?? hmm mungkin Eclectus haiwan kesayangan yang sempurna bagi keluarga anda...

Bagi deqlis memang suka tengok burung2 nie dengan warna2 nya yang menarik..memang kebesaranNya ya dapat mencipta pelbagai haiwan dan pelbagai spesis dengan pelbagai rupa bentuk.....

deqlis mmg suka nk tgk..nak bela tu tak dptlah..hmm jika nak bela tu oh di mana ya?? melainkan suatu hari nanti deqlis ada rumah yang ada halaman yang besar dan besar...(ceh berangan) boleh laa deqlis buat satu tempat khas untuk burung2 nie.. at least dalam sebuah sangkar yang besar yang burung2 boleh terbang jika mereka teringin nak terbang...ala2 buat macam habitat dia yang deqlis tengok dalam national geographic tue... klu setakat sangkar kecik idak lerr deqlis nk bela...sian pulak dia duk dalam sangkar sahaja...

oklah sekian.. 


2 comments:

Ana Suzana said...

kami dah bela sekor eclectus kaler hijau.. beli dgn rege rm4500.. tp tak panjang umur dia.. 2 bln jaga dah mati.. uwaaaa

deqlis said...

uwaaa...sayangnyerr...burung ni mmg mahal kan? deqlis tgk website mat2 salleh pun mmg mahal...apetah lgi kat m'sia ni..
dia mati mengejut ke atau mmg ada nampak lemah /sakit??

masa pelihara tu bg makan apa??
huhu deqlis pulak sedeyy nie...