Recent Post

Sunday, March 13, 2011

Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa



Hari Jumaat yang lepas deqlis dan en hubby tidak melepaskan peluang  menonton HMM nie... memang sejak menonton trailer berbulan-bulan yang lalu memang deqlis tak sabar-sabar nak menonton Filem KRU Studio ini. Sebelum deqlis baca komen orang lain tentang filem ini, haa baiklah deqlis pergi...ingat tak deqlis ada informyang deqlis ada kat Mid Valley (MPH) pagi Jumaat tue?? haa mmg sehari suntuk pun deqlis kat sana... sampai laa lunch dekat Ayamas MV dan  menanti tayangan wayang HMM pada jam 4.25 petang.... walau terpaksa duk sit depan....hmm nasib baik hall 12...jauh sikit screen dari kerusi...hehe..klu tak mau sampai kuar panggung pun melanguk jer jadinya...hehe...

haa mula2 deqlis kasi komen overall lah yer... Filem nie mmg menarik, wajib tonton untuk semua....jika uools tak minat sejarah pun tak salah menonton kerana menonton visual lebih menarik dari membaca..haha bg yg tak minat belek buku...hehe. Sejarah yang dipertontonkan mungkin tak 100% sama apabila difilemkan, namum hampir 80% adalah sama. Filem epik sebegini mmg jarang divisualkan dalam bentuk cakera filem. ianya diinterpretasi pada tahun 1100. Bagi yang tak suka filem-filem Melayu, anda wajib tonton...pasti ada kelainannya! Namun kekurangannya tetap ada... bukan nak bodek semata-mata.. Walau ada yang kurang kita patut merasa bangga kerana filem Malaysia dah maju setapak lagi. Mungkin dengan sokongan penonton yang berterusan..InsyaAllah akan datang filem-filem kita akan setanding 100% dengan filem barat. Walaupun natu uools akan baca komen-komen deqlis (ikhlas) deqlis tetap juga ingin menekankan di sini HMM merupakan satu karya yang terhebat yang berjaya dilayarkan menjadi sebuah filem kebanggan anak melayu, orang Malaysia. Dan janganlah nak compare sangat dengan filem barat, sebab memang masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh untuk sehebat itu. Tak rugi beli tiket tengok. percayalahhh!!!....

Oklah deqlis mulakan dengan komen -komen lebih detail ya...haa bukanlah nak kondem ke apa..cuma apa yg deqlis tulis di sini sebagai seorang yang menonton, seorang yang pernah bekerja di belakang tabir dan biasa dengan selok belok editing dan dubbing TV...

Dan apa yang deqlis nyatakan nanti hanyalah untuk kebaikan dan mengharapkan KRU akan membuat filem lagi dan lagi dengan komen-komen dari kami. Sebab deqlis memang sentiasa akan menyokong filem terbitan KRU..dan pengarah2x lain yang benar2x serius mengangkat filem tempatan sehebat filem barat..

Jadi jom baca komen deqlis ya!

1. Deqlis suka tengok kostum yang digunakan...memang nampak real.. kostum nie termasuklah pakaian pelakon-pelakon utama dan tentera Rom dll.

2. Lakonan Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa memang tidak menghampakan.... memang dia layak menjadi hero!.. bila di fikirkan jika nak amik hero Melayu /Malaysia memang agak sukar sebab hmmm hero Malaysia rasanya takde yg se tuff Stephen Rahman Hughes...hmm macam tiada calon yang sesuai...! jika ada pun deqlis terfikir Malek Noor!!! hahah tetapi faktor usianya tidak sesuai lagi utk filem era ini.... jika HMM nie di buat 20 tahun lepas mungkin Malek Noor menjadi pilihan..:)

3. Lakonan Dato Rahim Razali juga memang menjadi...sesuai sangat watak Pak Kesum tu dengannya...walaupun satu pawagam gelak kecil juga melihat Dato Rahim berambut putih dan panjang namun lakonan dan suara beliau memang kena gaya!

4. Dari segi sinematografi- bagi deqlis baik, namun tidak bolehlah kita harapkan sebaik filem Pirate Of Caribean!.. tetapi secara keseluruhan wajib tonton!

5. Deqlis suka part masa baling pedang, nampak wajah Puteri China tue...mmg menarik laa editing dan olahan sebegini.

6. Gabungan pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera memang menimbulkan dan membuatkan ianya filem yang menarik. 

7. Banyak improvement yang boleh kita lihat dalam filem Malaysia...HMM  banyak menggunakan teknik CGI. Efek yang menarik namun sesetengah part tu macam tak smooth jer pergerakannya (mcm kartun sikit) tetapi deqlis fahamlah dengan bajet hanya RM14juta tue mungkin ada kekurangan jika dibandingkan dengan filem-filem luar yang menelan belanja RM30 juta dan lebih!


8. Pertama sekali bila pembuka tirai - suara latar (penglipur lara/keturunan raja merong mahawangsa yg bercerita tentang kisah keturunannya iaitu keturunan Merong Mahawangsa) tue en hb deqlis dah bagi tau " apesal suara dia garuk sangat?" haha... dalam hati deqlis masa tu perasan jugak... terlalu garuk yang tak sedap didengar... hmm kalu garuk sikit2 tu oklaaa... nie macam terlalu garuk.. deqlis tak pasti suara siapakah yang digunakan....haha uools klu pergi menonton sendiri... cuma pandangan deqlis, jika suara Dato Rahim Razali sendiri yang digunakan pasti lebih best...sedap sikit heheh...atau cadangan deqlis suara Ahmad Tarmimi Siregar... 

9. Elemen cinta yang ingin diwujudkan  oleh Putera Rom dan Puteri China tue agak kurang penyampaiannya...hmm deqlis kurang rasa feel diorang nie bercinta... dan elemen cinta antara Merong MahaWangsa dengan Embok juga agak terhad..hmm macam takde adegan feel2x cinta nie..tup2x last sekali tetiba Embok dikatakan bunting dan melahirkan keturunan Mahawangsa..... Senang cerita, dari mula hingga tamat rasa deqlis macam kurang sangat2x elemen cinta... bg deqlis lebih menarik jika elemen cinta itu di wujudkan dalam sesuatu babak dengan lebih menyerlah lagi... bak kopi yg kurang gulanya!! haha... 

10. Dari segi susunan muzik latar... hmm ada part2x yang bagus..memang kena dengan visual...cuma tentang muzik latar nie bagi deqlis banyak yang menghampakan deqlis... banyak yang kurang kena.. deqlis perasan satu part dah sedih sebab Geruda mengusai negeri... tetapi muzik latar masih macam nak berperang jer bunyinya.. dan byk2 juga part2 lain... yang muzik latar nya kurang tally dengan visual... mungkin proses dubbing boleh diperkemaskann lagi di masa hadapan.

11. Part lawak2 spt Merong Mahawangsa menyebut ala2x gini " eh bukan Merong mahawangsa..itu mungkin Merong Mahasuasa" tu mmg lawak lah... terhibur juga deqlis..

12. Ending filem nie agak mengejut bg deqlis...hmm mungkin perlu di tambah part-part lain supaya tak nampak tamat mengejut!!... mungkin juga faktor bajet membuatkan filem ini terasa sangat pendek...dan banyak babak yg di potong atau mungkin tak di shoot pun... kena tye Yusry..hehe.. bagi deqlis ending part tue lebih menarik jika sebelum meninggal dunia ada part Merongmahawangsa teringat akan Embok (permaisurinya) at least kat sini masa terbayang tu masukkan visual dia teringat kisah cinta dia dan embok!! yang mmg tiada elemen cinta dari awal deqlis katakan tadi... agaknya nak highlight kisah Merong shj tetapi tak salah klu utk filem kita masukkan elemen kisah cinta tu sikit......sebelum menghembuskan nafas terakhir tue..klu lah ada since dia terkenang Embok, Pak Kesum, negara dia dan emak dia..lagi bestt rasanya... dan selepas part tu, buat part Embok yang sedang sarat mengandung tetiba terjaga dari tidur ke, teringatkan suaminya Merong... dan selepas imbau2x nie baru masuk suara penglipurlara/pencerita tadi yg mengatakan pasal Merong Mahawangsa walaupun meninggal dunia tetapi bergelar wira dan raja terunggul kerana mematahkan Geruda dan darah beliau tetap mengalir dalam tubuh anak sulungnya...

13. dan satu yang agak sedih melodi lagu Sedetik Lebih tu macam takde langsung di selitkan dalam editing filem ini. maksudnya dalam jalan cerita filem ini...frust gak laa deqlis..hehe sebab lagu best takde pulak digunakan melodinya... jika kita menonton Titanic, kan ada melodi lagu My Heart Will Go On tu dalam cerita titanic kan? hmm kalu ada pun lagi Sedetik Lebih nie dekat mana uools rasa??? siapa yang filem habis jer terus kuar panggung mmg tak sempat dengar!!.. sebab apa deqlis kata macam tu? sebabnya lagu OST HMM "Sedetik Lebih"  nie keluar setelah lebih kurang dah separuh ending kredit...baru ada pertukaran ke lagu Anuar Zain tue.. itu yg rasa tak best,...patut lagu dah best..kasik kuar laa awal sikit... macam deqlis nie mmg akan tunggu sampai habis ending kredit baru keluar panggung....

14. Lakonan semua artis boleh dikatakan bagus...cuma bagi deqlis jika watak Umi Nazeera tu diberikan kepada Lisa Surihani ke, Eja atau Maya Karin/Tiz Zakiyah ke rasanya lebih menonjol. Bukan nak memperlekehkan Umi Nazeera, cuma rasa macam ada "something tawar" di situ..oooh sungguh sukar nak diluahkan dengan kata-kata... lagi satu mungkin Umi Nazeera nie dibayangi dengan watak keanak-anakan menerusi drama Nur Kasih tue kot?? deqlis rasa macam dia tak berapa nak matured.....tu deqlis rasa laa... tp my hb pun sokong klu watak tu diberikan kat salah seorang nama yg deqlis sebut kat atas...dengarnya Yusry memilih Umi Nazeera sebab wajah Melayu asli...hmm kenapa watak Merong Mahawangsa tak pilih Melayu Asli??? part Embok memeluk Merong tu deqlis tgk mcm tak berapa best...mcm kaku sikit..

15. Dari segi bahasa inggeris campur Bahasa Melayu yang digunakan dalam filem ini mmg ada realistiknya..sebab nak market kan filem ini ke luar negara......... namun deqlis pelik sikit, hmm mmg Puteri China dan dayangnya Yin Yin tu faham bahasa melayu yer?? berbanding putera Rom yang tak faham bahasa melayu... sebab mula2 part dia kena tangkap dan diikat oleh Geruda tu mereka bercakap dalam bahasa melayu...  bab nie deqlis takleh nak cakap lebih2x laa sebab deqlis pun tak baca sejarah habis lagi... samada mmg puteri China nie mmg pandai byk bahasa...:)

16. Bila Putera Rom nie tak faham bahasa melayu, part yg menarik apabila MerongMahawangsa bersajak Melayu dia tak faham..hehe kelakar yg menarik laa... lagi satu part MerongMahawangsa yang bercakap bahasa cina dengan Kakanda Puteri China... Raja Rom benganggg jer beb sebab tak faham hehe..lawak gak.. so oklah..ada part2x lucu bersahaja di HMM nie..

17. haa lagi satu komen deqlis, antara penceritaan/penglipur lara dengan kisah merong nie patut ada kesan audio yang menunjukkan peralihan dari cerita ke kisah HMM... atau lain-lain agar tak terasa filem nie seakan-akan nak cepat2 habis... (hmm nie mungkin disebabkan dek kesuntukan masa tayangan)

18. en hubby kata part cermin buat terbakar kapal tu macam tak real...hmm bg deqlis oklah.. mmg ada pun teori sains...cuma satu jerlah..part tue diperkemaskan lagi ...lagi bagus..sebab kekadang nampak macam kartun sikit..:) pepun deqlis faham bukan mudah nak edit..! uools tahu rancangan setengah jam spt Beat TV di Astri tu pun masa tayangan sebenar lebih kurang 22 minit tu pun mengambil masa seminggu untuk disiapkan..perlu dekat 20 jam edit visual dan 12 jam dubbing..tak masuk shooting, post production dll lagi...apatah lagi filem kan???

19. Part romantik antara puteri China dan Putera Rom dekat bukit dan air terjun tu pun agak kurenggg laa..rasa Puteri Gunung Ledang kat atas bukit ngan Hang Tuah tu lagi nampak romantik...! cerita soal nak kebebasan tetiba je dah jatuh cinta.....hmm agak kaku sikit dan kurang momentum...:) patut kasik laa putera tu mengayat puteri tu lebey sikit...guna gurindam rom ker/kata2 cinta org Rom ker?? eceh...deqlis mula berimaginasi... mungkin anya akan menjadi lebih menarik laa... 

20. Ending kredit kuar gambo2 KRU ala zaman hikayat tu menarik.. 

21. en hb ada sebut askar2x Geruda/lanun/pelakon extra tu nampak kering2x ...tak badan mantap cam hero..! haha..deqlis gelak jer part nie...sebab bagi deqlis realitinya pun mmg org2x melayu kita keding-keding..! so askar langkasuka pun kategori melayu lama kan?? so takkan nak gagah perkasa giller..mmg takdelah deqlis harap badan ketul2x tue... cukuplah watak hero tu..dengan badan berketul, mantap dan ada rupa...itupun utk tujuan komersial... 


22. Time  Ying Ying kene tinggal dengan Puteri China masa perang kat Garuda...bila panik itu jam sampai.., tak tahu nak buat ape, die boleh amek anak panah dan selit celah ketiak dan buat-buat mati,,part nie mmg kelakar..gelak deqlis tau.....panik2 pun buat tindakan yg bijak.. suka2x..:)

23. hmm suka tgk pantai terengganu , props yg digunakan dan pondok2 tu semua nampak real... cuma part pantai tu deqlis rasa macam kecik.. klu leh kasik zoom out lagi kasik luas lagi leh nampak pantai... hmm tp deqlis rasa klu buat tu up bajet gak..yerlaa..klu tambah luas pantai kena tambah kapal/sampan dan pelakon extra nya kan?? haha Yusry cut cost gak tue...so faham lah...hehe


24. lagi satu deqlis teringat part... ada scene main flying fox..haha...tp okaylah idak terkantoi!! sebab tak guna roda moden tue...diorang guna senjata macam penyangkul tu tuk wat flying...wah! org2x dulu lagi dasyat kan??terror tu.. takde baju keselamatan bagai selamba way flying fox.. part ni mmg menarik tgk..

25.. haa klu ada penambahan deqlis tambah yer....!! hehe.. setakat nie yg dok ingat dalam kepala...:)

hmm byk yg menarik..walau deqlis seharian dah duk kat KLCC..penat dari pagi..tp mata tetap maintain fokus tgk HMM nie...


Pengajaran yang deqlis dapat setelah habis menonton HMM adalah kadang-kala kita tak percaya diri sendiri bahawa kita boleh, dan kadangkala kita hilang semangat dalam hidup, namun tanpa sedar akhirnya orang lain akan mengetahui bahawa kitalah org hebat itu! jadi jangan merendahkan diri sendiri, jangan give up dan percaya setiap insan ada kelebihan yang di beriNya...! spt Raja Merong Mahawangsa ini, jika ditonton, dia juga adakalanya hilang semangat, adakalanya dia rasa bukan dia yang layak untuk berjuang, adalakalanya dia rasa nak mati!... namun dialah insan yang berjaya itu... dia berjaya menjadi raja dan meruntuhkan kerajaan jahat Geruda itu walaupun nyawanya tidak dapat diselamatkan. "Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satuhidup mati jadi bersama"...inilah pantun yang dijadikan azimat dan cuba di fahami oleh Raja Merong Mahawangsa dan dia menyedari makna mendalam pantun itu semasa saat nyawanya di hujung tanduk.Part nie mmg syahdu..!

pepun..uools yg belum pergi menonton meh laa ramai2 menonton..mmg menarik dan boleh dibanggakan..! deqlis beri 4.2 bintang dari 5..:-) haa..meningkatkan bintang deqlis kasi?? tak faham? baca sini


8 comments:

Chekgu Azrine said...

syabas deqlis..sangat teruja membaca review daripada deqlis..serius..macam deqlis boleh jadi pengarah filem lak satu hari nanti..heheh...teringin nak tengok..tak tahula ada rezki ke idok

Mama Zharfan said...

besh review ni. tq deqlis!! kalau kru baca lg bagus ni heheh

deqlis said...

Chekgu Azrine...klu teruja cpt2x pergi tgk:) haha.. haha deqlis kat kat en hb apa tau, klu banyak duit, mmg tingin nak mengarah filem sendiri..eceh.... leh buat epik negeri-negeri selat ker, kematian JWW Birch ke..heheh tp itupun klu en hb nak kasi bajet..kih kih kih.."terkebil-kebil mata my hb hehhh" mana nak carik juta2an ituw..hehe..

to MZ: u r welcome...hehe..klu KRU baca sudi singgah blog deqlis ker??..pepun hrp next2x filem lagi gempak2x ..:)

:: Zanna :: said...

wow!!! mmg bestla review kak.. menarik zanna nak g tgk filem ni..eheh~~

Nana said...

cite ni mmg nampak menarik
tak tau la bila nk pg tgk ni

Nina Aman said...

hi sis...tahniahhhhh...akak mng GA saya...pls send me ur full name, address n fon no...my email: nuramanina85@gmail.com. nak pos hadiah...(=

Shaizhar said...

dah tengok 10.3.11 yang lalu.

akan joint kekawan memoviekan diri kat jb pulak ujung minggu nie.

Cery said...

tak sbar nak tgk....saya mmg sokong movie2 kru ni...bila baca review ni...lagila semangat nak tgk..hehehe