Recent Post

Monday, March 7, 2011

Tengku Zawyah Bakal Mengakhiri Zaman Jandanya dengan Datuk R


Tengku Zawyah anggun berbaju merah...!


Inilah wajah bakal suami tengku Zawyah... jika diamati digambar ini Datuk R ini tidak bermisai..cukur kemas..
namanya Datuk Joseph King atau nama Islamnya, Rayyan JK Abdullah. Untuk pengetahuan uools, Datuk Rayyan JK ni adalah seorang usahawan yang berasal dari negeri dibawah bayu, Sabah. Dari sumber-sumber yang dipercayai juga menyatakan yang Datuk Rayyan JK mempunyai hubungan perniagaan dengan kerabat diraja Pahang. Kalau dah ada hubungan perniagaan dengan kerabat diraja tu, confirmlah beliau seorang usahawan yang berjaya.


Haa.. pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga... Cuba uools lihat Datuk R di sini sudah bermisai!!..agaknya taste Tengku Zawyah ya..! Suka yang bermisai..:-) bertambah hensem dan macho gitu:-)...haha..deqlis teringat Datuk di bawah nie..hehe......(jgn mare aa...agak2x deqlis jer..sebab kebetulan gambar Datuk R di atas takde misai...yg dgn Tengku Zawyah dah bermisai...hehe..)
X-husben beliau...siapa lagi jika suami penyanyi tersohor tanahair... Datuk K...suatu ketika dahulu, media kita  hangat  mengusik tentang misai beliau ketika mula2z Dato Siti berkahwin ngan Tok K kan???....




Berbalik kepada cerita perkahwinan, Tengku Zawyah yang juga merupakan kerabat diraja dari Kedah akan melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Rayyan JK pada bulan Mei nanti. Berkemungkinan besar pada 12 Mei 2011.
Gambar pertunangan...(klik atas nie jika gambo tak kuar)


Akhir kata, tahniah deqlis ucapkan kepada Tengku Zawyah dan Datuk R atau Datuk JK (hmm kita tunggu lepas nie apalah agaknya Media berikan gelaran untuk bakal suami Tengku Zawyah ya....iaitu Datuk Rayyan JK) ini kerana bakal mendirikan rumahtangga. Semoga dipermudahkan segalanya. Tak silap deqlis dah hampir 5 tahun menjanda, akhirnya beliau bertemu pengganti. Moga kebahagiaan menjadi milik mereka.

Oh ya, penting untuk uools tahu... Datuk Rayyan JK berstatus duda beranak dua tau... 

Akhir sekali, Moga perkahwinan yang bakal dibina akan membawa kebahagian dunia dan akhirat. Amin.

1 comment:

Unknown said...

meriahnya dia..nak kena tunang dulu ea..hihi