Recent Post

Wednesday, May 18, 2011

Jangan sukar melafazkan MAAF



Salam hari ini deqlis nak berbicara soal suami isteri atau boy friend , girl friend.... sememangnya dalam kehidupan kita perlu ada sikap mudah meminta maaf jika berlaku sesuatu perselisihan pendapat dan lain-lain. Sikap hormat menghormati penting dalam membina keluarga. 

Wanita lebih mudah meminta maaf?? ya.. boleh dikatakan 90% begitu, namun 10% lagi boleh dikatakan tidak mudah untuk meminta maaf. Lelaki sukar meminta maaf?? mungkin tak terucap di bibir tetapi dengan perbuatannya telah menunjukkan dia meminta maaf..  (alhamdulillah hb deqlis mudah meminta maaf) dan deqlis pun minta maaf jer...walau kadang2x kita rasa kita betui... tak salah..mungkin betul dari aspek ini, tp mungkin salah dari aspek lain. Kita kenalah memupuk sikap suka meminta maaf tak kira lelaki mahupun wanita. Sebabnya perselisihan pendapat atau pergaduhan berlaku apabila 2 insan ini melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan yang berbeza walau dari rumpun yang sama.. Contoh atau andaiannya... Jika A melihat bunga di atas meja dari kerusi 123 tak sama dengan B yang melihat bunga yang sama dari kerusi 128. Mungkin ada sedikit perbezaan pendapat sebab dari arah yang berlainan. Begitulah dalam rumahtangga. Jadi tak rugi pun jika meminta maaf jika maaf itu ikhlas demi kebahagian sesebuah perhubungan. Turunkan rasa ego yang berlebihan demi kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Jangan sebab kerana dek ego, terus membiarkan persengketaan berlanjutan. Yang menjadi mangsanya adalah diri sendiri. (kurang kasih sayang dan komunikasi dengan orang yang tersayang terbantut).

hmm rasanya kena ada tarikan magnet antara suami isteri...jika ada tarikan magnet nie, klu gado2x pun rasa rindu2x gitu... nanti boring lak takde teman nak berbicara kan?? hehe.. jadi klu gado2x tue...5 minit jer ok laa...hehe..pastu baik lah balik...buang yang keruh amik yang jernih.

Ramai yang kata wanita mudah meminta maaf dari lelaki? hmm ada gak yg deqlis nampak ngan mata kepala, si wanita pulak keras hati aka keras kepala... adoiii sampai dah berumur pun perangai macam tue... malang laa si lelaki yg dapat bini keras hati/keras kepala nie.

jadi pesanan deqlis, buat lelaki di luar sana, jika dari awal perkenalan mmg dah tahu si dia keras hati, tye diri sendiri. adakah boleh handle nanti? atau tak boleh nak twist/tune perangai si dia itu?? klu tidak baiklah cari org lain..sebab akhirnya merana diri sendiri.. contoh artis yg kita leh nampak mcm Jimmy Shanley kan?? kesian kan? baru kahwin  beberapa hari dah tidak tinggal sebumbung....  itu artis..yg tak artis pun dah ramai deqlis nampak....sian rumahtangga bergelora shj.. jadi silalah bijak memilih... pergi dating tue bukan hanya untuk suka-suka atau berkhayal shj, masa dating tue leh periksa perangai bakal isteri tu mcm mana.....dan jangan lah sukar memohon maaf, jika salah ke tak salah ke ...cakap jer "I'm sorry" hehe mcm Raja Lawak kata tue..hihi.. so dari muncung isteri/girl friend tue dah boleh ikat ngan reben, baiklah cakap i'm sorry..! baru cun balik muka isteri/girl friend tu kan?? 

Buat para wanita juga, tak salah kita beralah demi rumahtangga, insyaAllah bila suami dah cool, suami pun akan rasa bersalah....dia akan lebih menghormati kita. 

tips daripada deqlis: 
klu sedang borak2x tetiba rasa macam nak berselisih pendapat, baik tukar topik atau diam kan diri...supaya tidak berlaku perselisihan yang lebih dasyat lagi hingga boleh mencetuskan gunung berapi di hati kalian.

5 comments:

TS said...

klu da rase nk gaduh baik lari siap2 kan kak..hehe

deqlis said...

hehe..klu satu bumbung mak lari mana...lagik2x klu rumah sekangkang kera..hihi..p mana2x (dlm rumah) mesti jumpa punya haha...

alhamdulillah akak jarang2x gado2x nie.. mungkin betui gak kata kawan akak masa bujang dulu "aku rasa klu ko nanti, hb ko tgk muka kau jer tak jadik nak marah"

sekarang sama jer..akak tgk muka hb pun tak jadi nak marah... marah +nasihat tu ada laa...tp tak pernahlah balik pinggan mangkuk hehehe...

deqlis said...

balik pulak..."baling" isshh typing error pulak heh

mas saari said...

balas kunjungan dan follow sekali..

Mas pun susah nak maafkan orang, kena bagi cool dulu!

Unknown said...

byk sabar n slalu berterus terangkan