Thursday, September 30, 2010

KENANGAN BERMAIN BUNGA API DAN MERCUN

main bunga api Pictures, Images and Photos
Gambar sekadar hiasan: Sumber photobucket.

Mood raya lagi...hmm rayakan sebulan...:-) Jika dulu2 masa time kecik2..mestilah deqlis menanti malam tujuh liku... nak main bunga api lah.. masa tu budaya pasang pelita masih di amalkan di kalangan penduduk di desa mahupun kota.. sebab masa deqlis kecik2 dulu rumah mak deqlis pun dah kira kawasan Taman Perumahan bukan kampung yang ada halaman yang luas tu... Namun mak deqlis turut memeriahkan tujuh hari sebelum raya dengan pelita dan deqlis pun bermain bunga api... masa tu ada kawan2 seusia deqlis iaitu jiran2 deqlis depan dan sebelah rumah... seronoknya masa tu.. di tambah pula zaman deqlis tu masih boleh bermain mercun... tp deqlis main mercun buatan siap tau..bukan mercun buatan sendiri... best nyerr... Kalu nak tahu bunga api ni di cipta   oleh orang Cina purba pada kurun ke-12... dengar2nya untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina...tapi kita main untuk suka-suka shj..suka tengok bunga api yang pelbagai warna dan ada yang pelbagai bentuk dan corak... lagi pun time raya ni kita main bunga api yang kecik2 bukan yang pertunjukan yang besar seperti menyambut tahun baru tue... pertunjukan bunga api yang tahun baru tu pun deqlis suka tengok. Sebab rumah deqlis ni rumah diawangan...dan mengadap KLCC dan Menara KL..so tiap2 kali ada pertunjukan bunga api memanglah nampak live dari beranda rumah...  namun tak samalah melihat pertunjukan dengan bermain sendiri bunga api ni kan??? zaman sekarang ni bunga api masih boleh di main cuma mercun memang dah di haramkan... yerlahkan dek terlalu byk isu jari hilang, mata pecah, tangan kudung dan macam-macam lagi angkara bermain bunga api dan mercun ni maka, anak-anak 2000 kini tak dapat lagilah bermain mercun bunga api... kurang sikitlah kemeriahan raya... klu dulu2 time2 buat kuih raya tu, sana sini deqlis dengar mercun... pommm pommm pommm.... walau bising...tapi meriah... tahun bila ya rasa 3-4 tahun lepas...deqlis curi 2gak beli mercun... syok jugaklah main mercun ngan anak-anak buah dan adik-beradik yg dah besar2 nie..hehehe... tahun ni pun main juga... temankan adik deqlis Sabrina bermain... tapi main bunga api jer lah.... yg tak bestnya..ntah bunga api tahun bila lah penjual tu jual kat mak deqlis...??? main jap, mati ..main jap mati... masuk angin dah kot... tapi layan jer lah adikku itu... memang dia tak sabar nak tunggu malam... atte dah mak cakap klu nak main malam jer boleh..hihihi... 

Gambar kat atas tu, sekadar hiasan jer tau...adik yang comey tu seronok bermain bunga api... isshh cam lah nk jadi budak2 balik hehe... 

dan di sebabkan pengharaman mercun di Aidil Fitri juga memberi impak kepada lagu Allahyarhamah Saloma

Saloma

Selamat Hari Raya 50-an

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Remdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus 1 )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun 
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

( korus 2 )
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Saloma

Selamat Hari Raya
lirik sekarang...
( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya

Jika kita dengar lagu Saloma yang di putarkan di radio sekarang, tentulah Lirik
"dam dam dum bunyi mercun " tu dah di potong.... impak pengharaman mercun
 seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 di negara kita. Jadi bagi mereka yang nak dengar lagu Saloma ni versi 50-an jom layan jap..




haa untuk pengetahuan semua, larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain di Singapura.  Pengharaman penuh di Singapura pada Ogos 1972 iaitu selepas satu letupan yang membunuh dua orang serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan Singapura membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan namun di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. begitulah serba sedikit info...

Yang menjadi persoalan deqlis sekarang, Negara Cina merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia kan?? negara Cina juga haramkan bunga api tak?? lepas tu ada tak kes  putus jari dsb nya ni macam kat Malaysia??.

Nasihat tuk adik2 dan anak millenium....haa...jangan main bunga api yg tak dibernarkan tu tau...jangan main mercun... dan yg PENTING!! jangan cipta mercun sendiri...haa nie dulu2 ramai anak2 atau rakan2 sebaya deqlis dulu2 yg terlalu kreatif hingga mencipta mercun sendiri... kira beli yang siap tu, mereka kasi adjasss skit mcm letak belerang laah, besi lah....heppp hepppp hepppp!!!! jangan buat pulak yer???? kang deqlis pukkkkkk kang!!... sebabkan kononny ank bunyi lebih kuatlah apa...so adik2 semua jangan main mercun ya... klu nak main tanya mak ayah dulu... beli mercun papan macam selalu thn baru cina bebudak kaun cina main tu ok gak... gamat bunyinyer...sakit lak telinga hehe..tp sesekali apa salahnya... deqlis terfikir nak menaip n3 pasal bunga api dan mercun ni jugak sebab 2 hari lepas terdengar mercun papan ni... tak tahu siapa yang main...rasa deqlis anak2 cina di rumah deqlis nie..sebab kat sini ramai chinese dari Malay... so deqlis tumpang dengarlah sambil terkenang masa deqlis kecik2 dulu...isshh jangan laa ingat pompuan tak main mercun hihi..ganas gak deqlis nie...walau dalam takut nk pasang api...tapi seronok punya pasal... syok2x bila ingat-ingat balik..hehe..

hmm ada ker yg pengalaman main bunga api atau mercun hingga terjadi nye tragedi?? klu ada meh laa kongsi cerita... yg baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan...

Semoga para ibubapa mengambil serius tentang pengharaman bunga api merbahaya dan mercun ini mudah-mudahan tidak lagi deqlis membaca berita seperti di bawah:

Moga di jadikan ikhtibar pada kita semua... dan semoga adik dalam gambar di bawah bangkit ini insaf dan sedar akan kewajaran kerajaan kita mengharamkan mercun di hari perayaan.

Budak hancur dua jari main mercun 

2010/09/14

Sumber: berita harian online

 IRMAN terlantar di hospital kerana dua jari kirinya  putus akibat
 bermain mercun bola pada hari raya pertama, Jumaat lalu.
IRMAN terlantar di hospital kerana dua jari kirinya putus akibat bermain mercun bola pada hari raya pertama, Jumaat lalu.
BERITA LANJUT KLIK

isshhh... amik pengajaran...sayangilah diri anda ya...! bermain-main juga..macam deqlis dulu2 hihi..tapi deqlis dulu main ikut peraturan jer...jangan lah kreatif sangat sampai nak masuk kan dalam botol...aduhhhhh... siapa nak jawab?? kreatif tang lain takper.... betui tak??


                                       Gambar sumber: google

Walaupun deqlis ni dulu2 kaki main  bunga api dan mercun juga semasa raya dan tujuh liku...( i main dalam kawalan tau hehe) alhamdulillah jari semua cukup lagi...

cuma memang kes pengharaman ni patut dilaksanakan pun..kenapa tidak?? kadang2 orang lain yang bermain..orang lain yang buta mata, hilang jari, luka badan ... memang pernah ada kisah tragis yang deqlis pernah dengar dahulu kala ... kesian.2x. orang yang berjalan balik dari mengaji yang terkena serpihan dan rembatan mercun hingga mengakibatkan kecederaan... kesian kan?? malang tidak berbau...dan kedua... bermain bunga api ni pun kira membazir... kenapa deqlis cakap macam tu?? haa dah beli banyak2 mercun nak bermain kan?  tambah2 lagi beli untuk stok 10 hari main ker, 20 hari main je.. kira2 dah berapa lah fulus nya kan???? dari beli bunga api baik adik2 semua menabung... lagipun harga mercun dan bunga api sungguh lah mahal...ada tu hingga mencecah RM10..klu mercun lagi best, lagi lah mahal... (tp bab ni selalu deqlis dulu2 kata..alaaaaaaaaaaaaaaa......sekali sekala....) tapi tulah jika mendatangkan bahaya yang akan membawa sesalan seumur hidup...kita elakkan ya... cari alternatif lain... main mercun kat depan pc pulak hehe... oklah sebelum deqlis merapu meraban lagi...baiklah deqlis sudahi n3 kali ni..

Semoga kenangan lalu menyinari hari esok..
Yang baik di jadikan pedoman, Yang buruk dijadikan sempadan...
Salam daripada
Photobucket

Ketupat Daun Palas VS Ketupat Daun Kelapa

photo : sumber google

 Ketupat?? hmm n3 kali ni daku nak ber sok sek sok sek tentang ketupat daun palas...  adakah ianya pilihan kedua selepas ketupat daun kelapa?? apa pendapat anda?? Kenapa keluar kenyataan ini?? hmm korang semua perasan tak? jika hari raya... di iklan TV, di kad raya, di internet dan di mana-mana sahaja gambar ketupat daun kelapa sahaja yang glamour??? kenapa ketupat daun palas nie takde pula enterframe?? second class ker??? isshh korang jangan marah ye... ku tak bermaksud nak turun pangkat ketupat daun palas...cuma itu yang ku perhatikan... klu ikut daku??? hmm favourite ketupat daun palas laa... ketupat daun kelapa klu takde pun takpe sebab ketupat Faiza, Nona atau Adabi banyak... dari beras kan??? hmm tak tau laa klu korang perasan atau tak... tapi seola-olah ketupat daun palas tak menjadi lambang/simbol raya... jika tengok TV3 pun guna ketupat daun kelapa... naper lah takde nak promosi sikit ketupat daun palas nie??? daku bukan apa, sebab ketupat daun palas lag fav food daku... klu pagi syawal takd epasni menangis oooo... mesti nak makan dengan rendang... barulah raya..hehe..

Seperkara lagi jika korang nak tahu, pelbagai rasa ketupat daun palas nie...seperti gambar di atas, pulut yg di tanak di campur dengan jagung.. jadilah ketupat daun palas jagung... tp ku tak pernah makan lagi... coz selalunya dari kecik makku buat ketupat daun palas kacang merah...hmm memanglah sedap... selain tu, yg kosong juga sedap... 

nak membuatnya?? selalu tiap-tiap tahun memang daku lah tolong mak buat dari membersihkan daunnya dan melipatkan daun agar mudah kita nak masukkan pulut setelah di tanak... masa kecik2 dulu buat selalu jadi betina... hehe... now dah tahu dah macam mana nak jadi jantan... Jantan Betina?? haa bagi yang tak tahu apa... ia ialah ikatan daun palas nie..jika salah pusing jadi lah betina...bila betina tak betul lah nanti pulut mudah terkeluar... kira salah ikat laa...hmm macam mana lah nak beri penerangan...hehe.. jika ikatan tu ikan yang betul akan jadi laa jantan..so betul...maka ketupat akan masak dengan betui dan boleh di makan hehe... Tahun nie sahaja tak sempat tolong buat ketupat nie sebab ku Subuh Raya baru sampai kampung halaman bonda tercinta...heheh kampung lah sangat yer... hihi...  apa2lah kira kampung aku laa tue...

KETUPAT APA LAK KORANG SUKA?? TAK NAK KOMEN KE???


Photobucket

Wednesday, September 29, 2010

Carta Top 10: Biskut Raya Pilihan Ku

 CARTA TOP 10:
Biskut Raya Pilihan Ku
1. Snow Almond (nak tengok photo sila ke n3 di SINI)
2. Dahlia Ross

3. Chocolate Coffee Crips
 (jom tengok photo DI SINI)
4. Tart Nenas purple
5. Shortbread
shortbread marble Pictures, Images and Photos
6. Biskut Polo
ada dalam n3 deqlis sebelum ni KLIK
7. Almond London
8. Cornflakes Madu
 CORNFLAKE MADU  (RM20) Pictures, Images and Photos
9. Love oat

10. Biskut Ice Cream
Biskut Aiskrim Pictures, Images and Photos

Jika bercerita tentang biskut raya... tentulah seronok kan?? setahun sekali... mana ada tiap-tiap bulan...huhu... Carta di atas ni takde kaitan dengan sesiapa...hanya kaitan dengan diri ini... sebab kena dengan tekak ku tahun nie... tahun depan tak tau pula fav ku akan berpaling tadah ke biskut lain atau biskut2 nie lagi menduduki carta top 10...

bagi rakan-rakan blogger yang ingin sama2 menyenaraikan top 10 kuih raya anda juga amatlah dialu-alukan..

syarat?? hmm takdelah syarat apa2 sangat..yg penting citer sikit tentang carta top 10 yang ku buat nie dan link ke sini... pastu tepek laa citer korang psl biskut fav korang n masukkan top 10 biskut pilihan top 10 korang ya.. pastu komen kat sini... leh laa ku jenguk blog korang pula... sambil2 ber blog walking n jalan2 kan???

itu jer... ada ker yang nk join CARTA TOP 10: Biskut Raya Pilihan Ku ni?? klu takde pu tak heran pun..siapalah aku huk huk huk......:-(

nie sekadar suka2 tau...lum ada hadiah2 lagi... diriku yg kerdil ini pun masih merangkak2 dalam dunia blogger... salah silap harap di maafi..lain kali ku buat contest... baru kasi hadiah...:-) 

ok thank & Salam Lebaran..


Photobucket

TOPSYTURVYMUM LUCKY DRAW!

Salam, hmm hari nie tetiba datang rajin ku nak masuk contest.... pertama I Love You Contest.... nie pulak jalan2 jumpa LUCKY DRAW pulak..... memandangku tetiba datangnya tahap kerajinan so nak lah join xtvt blogger nie... walau tak kenal dengan lebih dekat dengan penganjur namun dengan adanya xtvt macam ni dapat berkenalan dan menambah ramai kenalan di dunia cyber nie... .kira support blogger taw.. lagipun klu untung sambut timbul hehe....dpt hadiah bestttt!! So ku copy n paste sahaja n3 tuan tanah seperti yg diizinkan....org dah kasi green light kan??? so ku copy jer macam kat bawah nie.... so bg kawan2 yang nk mencuba nasib jom lah join...masih ada masa lagi...wink..

  Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*

     Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..
     macam la tak biasa kannn :D*
     TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.
     Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.
     *haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*
    TOPSYTURVYMUM  FIRST LUCKY DRAW!

     INI HADIAHNYERR..

     TENG TENG TENG!

16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture!

 
Product Information :
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Item Code : 1065856
Weight : 4,275g
Category : Dinnerware
Pattern : Geometric

Product Description
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. 
Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave, Dishwasher and oven safe.


     Syarat-syarat penyertaan:

     1. Anda adalah seorang blogger. 
     (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
     2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.
     (Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
     3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. 
     Caranya, copy je la entry ni.(1 blog cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
     4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. 
     (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
     5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). 
     Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
     6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

     TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
     TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU
    *tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*

Photobucket

I LOVE YOU CONTEST










Salam semua...
hari nie deqlis tetiba pulak teringin nak join contest.. tak pernah-pernah join contest di blog2 nie....kira 1st itme laa mencuba nasib huk huk huk... tetiba jalan2 di blog2 orang dari semalam terjumpa contest nie... walau pun tak kenal siapakah blogger nie..kira kenai di alam maya jer lah... dan Salam perkenalan di hulurkan... harap2 tuan tanah sudilah tengok n3 contest ku ini...  minta maaf lah jika ada terkurang ke aper yer... deqlis budak baru belajar... ok klu bercakap pasal contest mesti lah ada syarat2nya kan?? ok

ni syarat2 peryertaannya:

1) Open to
ALL bloggers (hmm deqlis laa tu )
2) Buat satu entry bertajuk "I LOVE U CONTEST"  (dah buat tau)
3) wajib menjadi follower blog ni dulu (dah jadi pun...:-))
4) Letakkan banner contest di tepi sidebar blog dan juga entry korang
(harus ada link back ke contest ini ye) (ok bisa di atur...)
5) sila tag 3 bloggie laen lebih ramai lebih bagus eah (okay..insyaAllah)
6) jangan lupe comment post ni supaya senang ash nk ambush peserta2 (insyaAllah jap g ku buat komen ya...)


ok uools mesti nak tahu contest nie di anjurkan oleh siapa kan?? meh laa kita berkenalan dah terjah ke MIZZFROGYCUTE haa,, blognyer pun comey tau..






Detail info kat bawah nie yer...manalah nak tau ada masa lagi, kawan2 lain boleh join juga..:-)

nama contest :  I LOVE YOU contest . 
penganjur        :   MIZZFROGYCUTE
tarikh tutup    :  30092010

ok nie dia picture dengan orang yang tersayang....hb deqlis lah...
hmm bak kata deqlis bila tanya hb..sayang tak lis? hb akan jawab nak sayang siapa lagi..hihi..so samalah jika deqlis pun nak sayang siapa lagi.... selain mak dan ayah... adalah suamiku tercinta.. Gambar kami di Genting Highlands... sambil2 cuti2 Malaysia..sorry laa erkk muka tak lawa sebab satu hari berjalan memang takdenyer nk make-up2..kira natural jer laa.. 


S- Sayang & Kasih
U- Untuk Mu
A- Abang
M- Moga kasih sayang kita menjadi
I- Indah dan mekar
K- Ke Akhir
U- Usia






lok...nak tag 3 rakan blogger...kasi lebih lah 5 org!!

ok.mudah2an n3 nie disukai oleh pihak penganjur...
Thanks...
Photobucket

JANGAN MENGELUH

 Salam, n3 kali nie deqlis nak berkongsi sati artikel yangdi baca..untuk tatapan dan renungan kita bersama...moga dijadikan panduan dalam kita meniti kehidupan...
sedih Pictures, Images and Photos
photo: sumber photobucket
JANGAN MENGELUH ……….
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12




Photobucket 

Cerita Sedih di Hari Raya



Hmm selalu cerita yang happy jer kan?? hari ni daku nk bercerita ada juga bersulam duka... sedihnya ketika raya lalu... seminggu selepas raya pertama aku memang dah janji nak pulang ke kampung pada Hari Sabtu...entah macam mana hb ku ajak pulang lebih awal..jadi kami ambillah keputusan untuk pulang pada Malam Sabtu iaitu pada hari Jumaat malam. Ayahku memang tak berapa sihat hmm biasalah sakit orang tua...macam-macam perlu di pantang tetapi ayahku selalu juga tak menjaga pantangnya...ada masa-masa tertentu dia tak dapat nak berpantang pun... Sampai sahaja di rumah makku tiada kelibat kereta mak ku....hmm mak keluarkah??? fikiran nie fikir...aiseyyy mann tak dapat laa nak surprise... ku bunyikan loceng rumah..hmm 3-4 kali juga tidak ada yang membuka pintu pagar... Lama ku tunggu di luar rumah... aku pun menelefon ayahku..hmm manalah tahu ayahku tidur kat dalam rumah tak sedar diri ker??hihi.. tup tup ayahku angkat telefon..." Ayah kat hospital nie" sedihnya dengar...baru jer pagi tadi ku telefon dan pesan kat ayah jangan makan nasi lemak atau roti canai lagi... malam ni dah ayah ku pergi ke hospital bahagian kecemasan... hmm cemas jugak aku... jadi kami terpaksalah tunggu di luar rumah sementara nak menunggu mak dan adikku Sabrina menghantar ayah ke hospital kembali pulang.... aku pula sempat beritahu ayah, jika ayahku kena tahan di wad, silalah beritahu aku, boleh lah kami terus ke hospital... Alhamdulillah ayah ku telefon, ayah boleh pulang..... lega hatiku.. yang sedihnya ayah masih sakit... doktor yang rawat tadi pun tak buat pemeriksaan keseluruhan, makku cakap doktor tu pun sungguh lah garang...hmm sian kat mak dan ayah ku...doktor tu pun ada penyakit stress kot..banyak sangat patient dan tak dapat bercuti kot... hmm tekaan ku laa... walau apapun tak patut laa bersikat garang tak bertempat macam tu...


Sedih melihat ayah, ayah sakit tak boleh berbaring, ayah boleh duduk sahaja... jika baring sakit katanya... risau jugak aku...dok pk esok nak bawa ke hospital semula... kesian tengok ayah tidur duduk atas kerusi sahaja... kesian kat ayah...


Cerita pasal ayah, aku?? aku pun tak sihat juga sejak raya ke-3 dah mula demam pastu sihat...demam sihat..demam macam tak kebah-kebah...risau jugak...rasa serangan nyamuk denggi jugak...apa tak nya gosok gigi pun dah berdarah..risau gak, tapi aku risau kat ayah lagi... aku demam biasalah sakit sikit2 nie cuma tak larat sangat laa nak buat itu ini...




Dalam ku fikir-fikirkan pasal ayah tu, tetiba teringat nak mengajak sabahatku yang menetap di Bandar Seri Putra, Bangi untuk beraya di rumah mak ku, memandangkan aku tiada di rumah di bukit jalil, tak salah juga mengajak dia sekeluarga jalan-jalan ke sini jika ada kelapangan.. boleh berkenalan dengan mak dan ayah ku...


Petang Sabtu itu, daku menerima tetamu dari Bandar Seri Putra, ayuraz dan family... sempatlah berbual panjang dan Ayu kembali membuka topik tentang berubat cara perubatan Islam dan dia mengesyorkan seorang Dato di Semenyih. Petang tu juga ku telefon Dato' tersebut, dan kami di suruh segera berubat...selepas Maghrib terus kami ke rumahnya untuk berubatkan ayahku...
Aku juga sempat berubat sakit pergelangan tangan ku... haa sakit nie dek kannak kupas durian suatu masa dahulu...durian tu memang keras sangat takde siapa yang nak buka...aku yang masa tu nak makan lagi tengok durian tu nak kupas....jadi gunakan kedua-dua tapak tangan ni tarik durian tu... hmm masani aku masih single mingle lagi..lum kahwin...hmm klu dah kahwin sure suruh cik abang sayang ku yang bukak kan hehe.... itulah al-kisahnya... kesan dari peristiwa tu tgh malam ku sakit tangan... Tuhan jer lah yang tahu...macam ada orang pulas2 kedua-dua lenganku...tiada siapa pun leh tolong..aku mengerang kesakitan yang amat sangat....Ya Allah ! Tuhan jer lah yang tahu... aku bersabar jer lah...takkan nak terjah rumah org mengurut tengah2 malam kan??? sejak peristiwa tu, pergelangan tangan ku seringlah sakit-sakit....tak leh buat kerja kuat sikit ...kira ku tak boleh push sikit mudah sangat sakitnya.....so malam tu, ku berubat sekali....




Sambil berubat tu juga, aku bertanya bagaimana nak berubat jika demam, Dato tersebut tak lokek ilmu memberitahu kami, jika demam biasa, demam denggi, H1NI ker caranya mudah sahaja... minumlah air kelapa muda campur gula batu dan perah kan air limau nipis... insyaAllah penyakit akan sembuh...


Jadi bila balik, esoknya terus ku suruh hb belikan semua yg Dato' tu katakan tadi... aku amalkan dengan penuh keyakinan..selama 3 hari berturut-turut ku amalkan .... walau dah nampak kesan bintik dah mula ke luar di lengan dan kaki ku..aku memang bertekad tak mahu jumpa doktor... hmm tak nak lah masuk wad tengah-tengah raya nie..huhu sadisss kan??? so ku amalkan kan lah.... alhamdulillah demam ku kebah.... dan kembali sihat... bersyukur padaNya...




dan selepas 2 hari dari tarikh kami berjumpa Dato' tersebut, ayahku dah boleh berbaring... alhamdulillah tak sakit lagi... mak pula dah tak sakit lengannya.. eh lupa mak ku pub berubat juga...sakit2 lengan nya... dan aku?? belum tahu lagi dah baik ker belum sebab jika nak tahu aku kena cuba menguli tepung...jika ku uli dah tak sakit bermakna sihat dah... insyaAllah dengan izinNya...


terima kasih kepada ayu dan suaminya yang telah bercerita panjang tentang cara perubatan itu, dan mereka jua telah berjaya memujuk atau meyakin kah ayahku untuk berubat dengan cara begitu.. mudah-mudahan di permudahkan jua segala urusan buat mereka sekeluarga... dan pada anda atau rakan- online yang ingin berubat untuk penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gaot, buasir dll boleh lah bertanya dengan saya ya... insyaallah kita berusaha Allah jua menentukan segala..




Cerita sedih lagi...hmm sedih lah raya tahun nie ku tak dapat lagi menikmati lemang dan lontong... huhu... pergi open house pun masih tak jumpa kedua-duanya.... maybe this week akan jumpa Lontong... insyaallah sebab dah rancang nak buat kat rumah mak ku...


Lemang??? f Pictures, Images and Photos sumber photo: photobucket
hmm siapa taukeh lemang meh laa kasi kat aku satu huhu.... SADISSSSSSSS....


Photobucket

Tuesday, September 28, 2010

DRAMA RAYA TV3: KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Salam, di n3 kali ini deqlis nak bercerita tentang drama raya TV3 pada 26 September lalu.... Kemaafan Yang Tertangguh....sungguh menyayat hati pabila menonton drama ini...syahdu! Ceritanya berkisarkan ibu mertua (MIL) yang mengawal kehidupan anak dan menantunya, MIL yang menjadikan menantunya seperti maid di rumah dan MIL yang tak pernah bertolak ansur bab anak dan menantunya pulang beraya pada setiap tahun. Menurut cerita ini telah 10 tahun menantunya telah beraya Pertama di rumah MILnya sahaja tanpa membenarkan anak dan menantunya pulang ke  kampung isteri anaknya. Lakonan mantap Maimoon Taib dengan ekspresi mukanya itu memang best. Seronok pula menonton cerekarama pada malam tu..walau drama ni bermula jam 11.00 malam. Layan!!


Di bawah nie sinopsis cerita nie
kredit photo nie dari 


Selama hampir 10 tahun Hartina menjadi menantu Kasmah namun tidak pernah sekalipun dia mendapat kasih sayang sebagai menantu dalam erti kata sebenarnya. Ibu Hartina,Khadijah tidak berpuas hati dengan sikap besannya yang mengongkong kehidupan anaknya. Selepas 10 tahun tidak dapat berhari raya dengan Hartina, Khadijah datang merayu ke rumah Kasmah meminta agar Hartina dibenarkan pulang ke rumahnya berhari raya. Khadijah ingin berkongsi kesibukan Hari Raya dengan anak perempuan bongsu kesayangannya itu.

Namun Kasmah tetap berpegang dengan prinsipnya dan peraturan yang sekian lama dibuatnya. Hartina merupakan satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga, oleh itu dia harus patuh dengan kehendak mertua.

Kasmah juga menetapkan peraturan yang sama kepada anak-anaknya, Jasmin dan Zaila. Sistem bergilir raya tidak ada dalam kamus hidup Kasmah. Suami Hartina, Ilham juga tidak berani untuk melawan ibunya.

Kehidupan mereka adik-beradik sentiasa diawasi Kasmah. Apabila kehendak Kasmah tidak dituruti dan kemarahannya memuncak, pasti dia diserang sesak nafas dan pengsan. Jasmin dan Zaila cuba memujuk Kasmah supaya memberi keizinan kepada Hartina namun Kasmah tetap tidak berganjak dari pendiriannya. Namun sikap garang dan suka mengongkongnya menjadi perbualan jiran sekampung. Untuk menangkis serangan jiran-jirannya, buat pertama kalinya Kasmah membenarkan Hartina pulang ke rumah Khadijah.

Namun dia meletakkan syarat. Hartina harus menyediakan 20 jenis kuih raya dan menyediakan semua hidangan sebelum pulang ke rumah ibunya. Malah rumah juga harus dibersihkan dan dihiaskan secantiknya.

Mampukah Hartina menyempurnakan semua tugasan yang diberikan oleh mertuanya dan adakah dia berpeluang untuk pulang beraya dengan ibu tersayang setelah sekian lama terpisah?






Pelakon: Zamarul Hisham, Eira Syazira, Maimon Talib, Fadhilah Mansor

Pengarah: Fairuz Loy



Penulis Skrip: ??? siapa tau bg tau yer...




Memang sedih laa...akhirnya cerita ini, dia dapat pulang ke kampung tetapi setelah pulang Mak Tina telah meninggal dunia. Memang sedih sangat-sangat... geram betui dengan MIL yang mengada-ngada, elok-elok benarkan menantu pulang tetapi macam-macam yang di perintahnya, memang tabik spring pada Tina yang sanggup masakkan semua yang di suruh oleh MILnya namun geram juga apabila semuanya sudah di siap dan dapur telah dikemaskan tetiba tak benarkan anak dan menantunya pulang awal... ku ingat lagi dialognya " eh kata janji nak balik lepas maghrib?? buka puasa laa kat sini dulu..sian kat mak nie sorang2" lebih kurang gitu laa yg ku ingat.... dah anak menantu pun tunggu lah sebab nak jaga hati mak dan MIL kan?? TETAPI yang ku geram adakah patut Mak Su dia nak datang beraya pertama di rumah MIL nya suruh beli daging berkilo-kilo, ayan beekor-ekor dan daun palas bagai??? yang nak datang tu sorang jer...kenapa lah dah janji nk benarkan pulang lepas Maghrib tetiba suruh masak lagi...yang masak awal-awal siang tadi takkanlah tak cukup untuk Mak su dia sorang??? aduhhh!! geram betui... dekat sini ku geram juga dengan husben Tina ni yang dah jadi seperti kayu... tak tegas langsung...patutnya terangkan lah kat mak dia yg dah janji nak balik kampung isteri... bab masak2 tu klu tak cukup pergi jer laa beli rendang yang dah siap... atau pergi beli barang-barang nk masak shj, nanti esok Mak Su datang mak dia masak lah sama-sama ngan Mak Su...hai Mak Su dok oversea takkan resepi masak rendang pun dah lupa??? ishhh part nie memang geram betui....di tambah pulak dengan apabila MIL Tina dapat panggilan yang mengatakan Mak Tina telah meninggal, MIL dia boleh berahsia lagi??? takde hai dah perasaan langsung.....mendidih gak darah aku menonton citer nie... Kesian kat Mak Tina dan Tina yang jadi mangsa keadaan. Dua jiwa terseksa sebab kedua-duanya amat merindui saat-saat bersama untuk berhari raya pertama di kampung. Sedih kan?? 


sambung cerita... keesokkannya, Tina sekeluarga sampai di kampung pada pagi Hari Raya Pertama, mula-mula dia  sangat gembira walau tidak dapat pulang pada malam raya, namun dia rasa gembira kerana dapat berhari raya pertama dengan mak kandungnya... Namun tragis sekali lagi apabila dia melihat sebujur tubuh maknya di kafankan... sedih sekali... tak dapat bayangkan kalau aku di tempat Tina masa tue... huhhh penuh emosi tengok drama nie... berkaca jugak mata ku malam tu..huhu..


ending dia?? haa kena lah tengok... masuk web tv3 atau tunggu siaran ulangan nya nanti..


Yang pasti ku tak berapa suka ending dia... tetapi jika dah suratan begitu yang telah ditakdirkan siapalah kita untuk menolak.


Hmm...bila ku fikir-fikirkan balik, kemungkinan terjadinya ending begitu besar kemungkinan membenarkan menantunya pulang berhari raya pertama di kampung maknya adalah satu buang tabiat.. dan MIL nya mendiamkan soal kematian ibu Tina juga satu buang tabiat... mungkin kah?? yerlah kebiasaannya memang MIL tak pernah sesekali membenarkan pulang raya Pertama di rumah  mak isteri anaknya itu...10 tahun tu..lamakan?? bab2 kematian selalunya mana ada orang sorok atau lengah-lengahkan pemberitahuannya.. biasa klu 3 pagi, 3 pagi juga akan diberitahu... so bila MIL dia bersikap lain atau pelik...mungkin juga lah boleh kita katakan buang tabiat... hingga ending MIL dia _________________..


haa kena laa menonton yer..hehe..tak best arr klu bagi tau semua kat sini...siapa yang dah tengok pasti lah tau ending nya..


tahniah pada semua pelakon dan penulis skripnya.. lupa tengok siapakah yang tulis skrip cerita nie.. walau apapun sebuah drama yang penuh emosi dan menyayat hati wanitaku..ceh.. Lakonan Eira Syazira pun memang mantop... tahniah..


siapa nk tgk Promo Cerekarama nie KLIK


Photobucket

Monday, September 27, 2010

Biskut favourite ku raya tahun nie.....

biskut fav ku raya tahun 2010 jatuh kepada...

jeng.....
jeng...................
jeng..................................

taraaaaaaaaaa...!!!!!!!!!!!!!!
 BISKUT SNOW ALMOND
 sedap tau biskut snow almond nie...bukan sahaja menjadi pilihan ku..malah hubby ku... klu nak beli harga RM26/bekas...ada lebih kurang 60-65 pcs... ishh sempat promote pulak...tapi confirm sedap...klu nk pos pun insyaAllah selamat sebab memang packing kedap2...

walaupun tahun-tahun sebelum ini daku lebih suka memilih biskut almond london dan tart nenas sebagai biskut fav...tahun ini...biskut snow Almond nie telah merampas takhta...hehe... jangan merajuk yer biskut-biskut lain...
untuk kuih raya pilihan pula jatuh kepada kuih ranting buruk.... walau pun buruk..rasanya sungguh sedap... yang ini ku buat sendiri...nak buat punyalah berjam-jam dan memakan hari...sebab tang ranting tu ku sambung-sambung buat selama dia hari.... jenuh gak nak membentuk ranting tu...banyak pulak tu... TETAPI...tang makan...sat je habis.... hb ku pulun 1 balang..uwa uwa uwa...aku ?? tingga suku balang pun tak cukup...serdak2 jer tinggal huhu.....
takper...next raya ku buat lagi...lagi banyak!!! hehe..


walau pun rempeyek dan kuih siput tak masuk carta aku ni...namun kedua-dua kuih raya ini juga pernah menjadi fav ku ....hmm tapi tak boleh makan banyak...tinggi kalori... minyak2 nie..adoiiiiii!!...sabor jer lah...



Photobucket

Beraya di rumah Abang Ipar




 Kali ini kami memacukan empat roda kami ke Bandar Bukit Mahkota... Dari rumah telah ku siap-siapkan juadah raya untuk diberikan kepada birasku Kak Ani.. ada rendang ayam, ketupat daun palas, kuah kacang, nasi impit dan kuih raya... Kak Ani pun beraya di KL pada tahun ini memandangkan abang iparku juga bekerja di hari lebaran. Beraya di ramah Kak Ani kali ini tanpa Khalisa Iman... hai anak dara Kak Ani berjalan ke Pahang...amboi!! jauhnya Iman jalan...tak tunggu Mak Lang datang pun nie...?? jadi Mak Lang main ngan adik Iman lah Rayyan.... atau pun maknya suka panggil Yayen..hehe... wah Yayeb seksi laa tima Mak lang sampai... nampak bird!! hehe.. cepat2 pakai baju.. Jangan jealous yer Iman, mak lang main ngan adik nie... wink...

 meh tengok Mak Lang ngan yayen... Yayen baik jer Iman...suka tersenyum dan duk diam jer... nie Mak Lang sayang kat Yayen nie.... hehe..


 isshhh Yayen.. mak pakaikan pampers ya... meh pakai baju..haaa baru segak... cak!
 hmm...gelagat Yayen laa kami duk layan sepanjang beraya rumah Kak Ani...
 Ala cayang dia tue.... yayen suka Mak Lang nye tudung yer??? dari awal dia asyik pandang2 tudung mak lang dia..nak main yerr????

haa...habis dia tarik tudung mak lang ....

 isshhh tak dapat tudung mak lang dia...dia kacau kain baju mak dia pulak... habis dia kucai atas sofa..... hmm nie nak tolong lipat ke nie yayen??
 Yayen dahaga pula yer?? meh Mak Lang suapkan susu.... peace!...muah yayen..
 dah puas minum susu..amboi sukanya dia...bermain ngan pak Lang yer???
 senyum...! wah comey laa dia tu... Yayen memang mudah tersenyum... dia lebih lembut dan mudah tersenyum berbanding kakaknya Iman masa kecik2 dulu.... hmm Iman katanya sekarang dah betah berkata-kata... tak dapat Mak Lang nak test nie... nanti lain kali kita jumpa yer.... agaknya masa tu Khalisa Iman lebih bijak berkata-kata... yerlah mak Lang tunggu Iman datang rumah Iman tak datang pun rumah Mak Lang...sekarang mesti Iman dan balik kampung...dah jadi orang Perlis.... jangan lupa Mak Lang tau..!

 Alahai....Yayen nie baik jer...senyum sokmo...! dah besar nanti belajar rajin2 k... jadi laa Pilot ke hehe..leh bawak Mak Lang naik kapal terbang hehe....

Ok, selamat hari raya buat Abg Rizal (bapak Yayen nie) dan Kak Ani (mak Yayen).... terima kasih pada Kak Ani kerana mengoreng nasi goreng buat kami pada hari tersebut.... sempat menguyah tempeyek dan beberapa kuih raya...

Photobucket

Sunday, September 26, 2010

Cerita Raya ke 2



Raya kedua baru rupa nak berhari raya...al-maklum lah raya pertama pukul 11 pagi dah masuk tidur hehe... jadi adik Sabrina kita pun pakai tudung ala siapa ni??? ala Sabrina laa yerr??hihi... mak pakaikan tudung sebab pagi tu kami nak menziarahi kubur kakak arwah ku iaitu anak sulung mak ku yang telah kembali kerahmatullah ketika usianya 7 tahun. Al-Fatihah.. Walaupun diriku sebagai adiknya tidak pernah berjumpa di alam fana ini, namun arwah tetap kakak kandung ku dunia akhirat. Setiap Aidil Fitri dan Aidil Adha memang tidak ku lupa menziarahi pusaranya..
 Sebelum menziarah ke pusara kakak arwah, daku sibuk juga di dapur membantu ibuku memasukkan kuih2 ke dalam bekas untuk di berikan kepada saudara sebelah ibuku di Setapak Garden. Di sebabkan hb ku kerja sebelah petang jadi selepas ziarah kubur kami terus pulang ke Bukit Jalil, tidak dapatkah berhari raya di Setapak Garden seperti selalu.... Miss u Wan Lang dan lain-lain... semoga ceria dan bahagia di Aidil Fitri ini..
 Ayah cepat siap!!!... Mak dah bising tu suruh tuko baju raya...purple lah..hehe
 Cepat2x..tangkap gambo... Kak Ellis n Sabrina..
 Di sinilah pusara kakak arwahku... walau panas terik ketika itu, sempatlah daku membersihkan sekitar kubur dan sedekah Al-Fatihah dan 3 Qul.
 Sabrina baru nak masuk 4 tahun... mungkin belum mengerti tentang kehidupan dan kematian... gembira tatkala berada di pusara kakak arwahku.. hmm nasib laa dia tak menangis...
 Semoga rohnya di cucuri rahmat dan mendapat tempat di dalam syurga...
 Kami 4 beranak sempat bergambar kenangan di pusara kakak arwah... memandangkan selepas ini kami tak sempat lagi bergambar kerana daku dan hb akan pulang ke rumah kami dan hb bekerja manakala emak dah ayahku akan berkunjung ke rumah sanak-saudara... sedih pulak tak dapat join berhari raya bersama...huhu... alahai dah nasib... raya kedua dah ada kat rumah...huhu...
 sempat bergambar di persekitaran tanah perkuburan yang bersebelahan dengan kawasan rumah salah seorang penduduk Kampung Paya Jaras yang memelihara Burung Unta... nampaknya Sabrina ceria sekali...PEACE!
 eh!!... daku pun nak join 2 kaki jugak..hihi...jangan mare aaa...
 Gambar kenangan sebelum kami berpisah..... kelihatan seperti dalam hutan yer??? hehe special sikit background... kawasan hadapan tanah perkuburan... Kami beraya berlima tahun nie.. walau pun sekejap... sekurang-kurangnya daku bersyukur dapat berhari raya dengan kedua orang tua ku.... terusik dalam jiwa...jika lah aku nie tinggal di Johor ke Pahang ke...hmm sudah tentu daku beraya sorang2...huhu.... jadilah bersyukurlah... walau pun plan tahun ni untuk beraya di kampung hb tak kecapaian...mudah-mudahan lain tahun akan tercapai...dan semoga adik-beradik hb jua akan semuanya berkumpul dan dapat konvoi berhari raya dari satu rumah ke satu rumah dari raya pertama hingga lah seminggu raya...wah!!! berangan pula... tapi seronok macam ni..walau pun penat tapi kenangan bersama berhari raya pasti tidak akan di lupakan.... seperti tahun lepas, adalah giliran pulang berhari raya di rumah mak ku, jadi semua adik-beradik daku dan family berhari raya bersama-sama... kami konvoi ke kampung sebelah emakku di Pahang bersama-sama..terasa betapa meriahnya dapat berkunjung ke rumah sanak saudara... InsyaAllah akan datang terpahat memori indah yang lain pula.... InsyaAllah jika panjang umur dan murah rezeki... berjumpa di lain Aidil Fitri...
                   posing sikit ngan ayahanda ku.......sayang ayah...
                           posing jugak dengan ibundaku... cayang mak!!....
Selepas posing-posing...hmm kawasan kubur pun jadik.... jangan mare haa...
Buat ayah dan mak ku , daku doakan kalian hidup di berkatiNya, mendapat hidayahNya, memperoleh kesihatan yang baik... jaga kesihatan dan pemakanan... Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin.

Photobucket