Recent Post

Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Tiket Maharaja Lawak Di Terengganu

Salam uools dan selamat pagi...lama dah deqlis tak menulis blog nie... yerlaa mood menulis kekadang hilang ke mana.... kekadang byk sangat mende nak tulis sampai tak tertulis... eh tulis ke??? bedak jer laa... menaip kan hehe...macam nak tulis karangan pulak...

Bukak2x jer blog deqlis, Syafiqa ada bertanya di mana nak dapatkan Tiket Maharaja Lawak Mega di Terengganu...spt biasa mmg boleh amik di stadium tempat berlangsungnya Maharaja Lawak Mega itu nanti...

Biasanya tiket boleh di collect sehari sebelum Maharaja Lawak Mega iaitu pada hari Khamis. Namun jika di Terengganu nie cuba dengar Radio Era atau Sinar.fm untuk mengetahui perkembangan terkini kerana radio Era.fm nie memang sepantas kilat je mempromosikan Maharaja Lawak Mega nie..Al-maklumlah radio rasmi..:-)

Hari Jumaat pagi lepas pun ada interview judges Maharaja Lawak Mega 2012 Wulan dan Najip Ali di Johara Pagi Era kan??? :-)

Okaylah... jika deqlis dapat keterangan lanjut tentang tiket...akan deqlis war2xkan...

Selamat Menonton Maharaja Lawak Mega!! Uools Sokong Siapa?

Sunday, January 8, 2012

Hero Ombak Rindu Kena Serbu

 isshhh klu tak kena serbu bukanlah Aaron Aziz namanya kan?? so klu dah pelakon lelaki popular nie mestilaa kena serbu dek peminat dan juga para wartawan. Inilah salah satu slot di mana wartawan menyerbu Aaron Aziz setelah tamat sesi MLM mega lalu. macam mana gamatnya stadium malawati...macamtu laa gamatnya keadaan di belakang stage....
CU sikit... saja en hb deqlis snap pic nie...kasik jelas sikit... uools jgn main terkam jerk erkk nak posing pun ngan Aaron nie...nanti wife dia pandang2x uools atas bawah nanti hahaha... wife Aaron Dyana yang kat sebelah kanan dia tue..sedang senyum tue...:-)

snap ngan BB jerk... gambo tak clear sangat...tp ada laa kenangan...:-)
tp sangat sedey sebab terasa betapa ketinggian Aaron yg tak kecapaian ketinggian deqlis..miahahahaha...leh gituw?? aci tak?? hehe..


Thursday, January 5, 2012

Posing bersama OSBON

Posing dengan Pemenang ...JOHAN MAHARAJA LAWAK MEGA
OSBON yg sporting...:-) dpt gak ler deqlis pegang trofi kemenangan...dah macam deqlis yg menang niehhh hehehe...:-) pepun tahniah sekali lagi Buat Abg Os dan Abg Abon...

sebenarnya sebelum mula siaran MLM tue, deqlis dah jumpa Abon n ucapkan Moga jadi Maharaja betui2x malam nie sebab dia dah siap2x pakai costume Maharaja Lawak...ada laa bergambar dengannya sebelum sia menang Juara nie...(tp gambo tu dlm BB laa pulak...nanti rajin deqlis upload ya).....dia kata "Amin" deqlis pun Amin kan...mudah2xan sebab deqlis mmg suka group Osbon nie selain Boboi kan? uools pun tahu kan?? haha.....dua kumpulan nie shj yg sentiasa buat lawak yg bestt setiap kali muncul di stage....tak gitu?? 

 sesi press conference bersama pemenang2x MLM ..... 

so bila dah betui2x OSBON jadi Maharaja Lawak Mega... nie...Abg Osbon nampak deqlis terus senyum dan tunjuk isyarat "good"  deqlis senyum laa sambil balas isyarat good tu...deqlis happy utk mereka ....terharu utk mereka...sebab deqlis mmg minat mereka dari kecik2x dulu jugak...:-)

so masa deqlis nk amik gambo sekali lagi tue...Abg Abon tu kata " tadi bergambo sebelum menang, ini bergambo dah menang"..... masa deqlis pegang trofi tue siap dia melawak lagik tue " Ini siappppaa yg menang nie???" hihihi...

sekadar berkongsi rasa....terima kasih sudi baca..:-)

Saturday, December 31, 2011

Cahaya Gemerlapan Hiasi MLM

Buat yang tidak berkesempatan ke MLM semalam...dantidak sempat menonton siaran langsung semalam...stadium Malawati Shah Alam meriah dengan cahaya spot light yang menghiasi stage MLM.
Telatah dan Lawak sempoi JOZAN menggeletek para penonton dan deqlis kat belakang stage memang pecah perut di buatnya....Abg Abon pun gelak sakan:-)
cuci mata tgk lighting hijau pulak muncul.....di saat OSBON berentap dalam sesi kedua. Memang kelakar beb! :-) 

okay laa 3 keping je leh publish....sebab pic nie berat sizenya...asalnya 1 pix size 2MB tp deqlis daj resize pic tu 75% utk masuk dlm blog nie...so klu loading lambat tu jgn mare...sebab sekeping gambo dekat 150KB.

Thanks sudi baca dan selamat berhujung minggu:-)


Tahniah Osbon!!!

Tahniah kepada Osbon....menjadi Juara Maharaja Lawak Mega....
Keputusan amat memuaskan hati deqlis....
Suka sangat macam deqlis plak yang menang...miahahaha...
rasa happy sebab ending nya MLM di Stadium Malawati dengan penuh meriah dan membawa kenangan manis buat para peserta..

Happy New Year 2012.

Thursday, December 29, 2011

Sokongan Buat BOBOI & OSBON





GOOD LUCK BUAT OSBON DAN BOBOI....dua kumpulan yang bakal bergelar Maharaja Lawak Mega....dua-dua pun bestttt..! ada lawak yg tersendiri dan mampu membuat deqlis ketawa....


32 pcs ticket Maharaja Lawak goes to....

PERHATIAN, SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA PADA 29 hb DIS SEBELUM JAM 11.59 malam.

Setakat ini yang dah buat pengesahan kehadiran dgn deqlis yg font blue bold di bawah. Jika sehingga 11:59 malam ini tiada pengesahan, deqlis akan berikan kpd senarai nama yg lain ikut turutan siapa yg minta dulu..deal!...(sila reply di ruangan komen ini ya...atau sms deqlis bg yg tahu my number..tq)

1. Cik Lili Putih 4pcs
2.IeyLa 4pcs
3.Norazlini Yusoff 4pcs (0166557460)
4.Cik May 2pcs 0129628636
5. Nana Dunia KEbahagianku 4pcs
6.Cik Bintang 4pcs
7. Noradilah 0125438468 4pcs
8.Puanstoberi 2pcs
9.Amin Azhar 4pcs 
Ticket uools boleh collect esok pada pukul 9-10 pagi di Astro Bukit Jalil atau pada jam 9.30 malam di Stadium Malawati. Buat yang kasi email shj. sila email deqlis ur hp number.

my email address: ellismelia@yahoo.com

thanks...

Buat yg tak dapat tue jangan sedey, esok ada open tix di Stadium Malawati jam 9 pagi...boleh beratur..sorang boleh dpt 2 tix...


Buat yg tersenarai, sila sahkan kehadiran dan bila nak pick tu kepada deqlis, jika tidak deqlis akan berikan kepada org lain...

dan diingatkan kanak2x 12 tahun ke atas shj dibenarkan masuk ke stadium. Harap Maklum.


okay deqlis nk offline dulu...bg yg email malam nie, esok pagi deqlis check ya..if takde dpt email/sms/PM deqlis akan beri tix tue for the next list..tq..NITE!!!!

Wednesday, December 28, 2011

Pi Mai Tetap Di Hati


 

Salam uools, tengah buat apa tue? sihat ker??
masih dalam mood cerita Maharaja Lawak Mega....

adat bertanding, ada menang ada kalah....
sungguhpun begitu, Pi Mai tetap di hati deqlis...
al-maklumlah group Pi Mai Pi Mai Tang Tu nie sangat popular masa dulu di kala zaman deqlis sekolah2x...:-)
kalau tak terpacak depan tv tgk Pi Mai Pi Mai Tang Tu memang tak sah..
watak2x seperti Pak Uda, Pak Usu, Mak Uda , Mak Busu turut menjadi kenangan....

walaupun tidak dapat meneruskan perjuangan ke peringkat final Maharaja Lawak Mega, deqlis tetap mengucapkan tahniah kpd mereka kerana berjaya sampai ke peringkat minggu ke-9.

bergambar kenangan ...:-) sporting tau mereka nie....:-) Adios..

Tuesday, December 27, 2011

Maharaja Lawak Mega & Jay Bee


Peserta yang layak ke peringkat akhir.....tahniah...!
Suasana tepi stage.....meriah dengan sokongan peminta MLM di JB .....full dalam stadium...menonton dari luar stadium pun ramai...
suasana selepas tamat rancangan....en hb yg ambil gambar nie..masa nie deqlis di dalam bilik press conference....

kenangan bergambar dengan Chef No.1 Malaysia...dah lama teringin nak jumpa Chef Wan nie...sejak dari deqlis kecik2x yg suka menonton rancangan memasaknya...akhirnya berjumpa di Stadium Tertutup MPJB... walau selepas sesi press conference yang agak dingin dengan soalan tentang Adlin...namun Chef Wan sempat senyum lagi tue....terima kasih Datuk Chef Wan..... selama nie kita asyik borak2x dlm telefon sahaja..alhamdulillah dapat berjumpa bertentang empat mata akhirnya...:-) walaupun gamba kurang clear...al-maklumlah snap dengan BB deqlis jerkkk...:-) janji ada laa kan..:-)

kenangan bersama Ferhad...artis aka juri jemputan minggu ke-9 MLM. Thanks Ferhad dan manager nya Hibat. 


Nantikan episod akhir ....kemuncak siapakan yang bergelar Maharaja Lawak Mega pada minggu hadapan di Stadium Malawati Shah Alam... buat yg dah mencuba nasib untuk dapatkan tiket daripada ellismelia.blogspot.com nie... insyaAllah deqlis akan berikan mengikut berapa banyak tiket yg deqlis dapat minggu ini..... al-maklumlah hari nie deqlis masih cuti...jika dah ada tiketnya dalam genggaman barulah deqlis inform siapa yg dapat ya...mcm deqlis kata siapa cepat dia yg dapat...:-)

okay jumpa lagi....thanks sudi baca:-)

Friday, December 23, 2011

Siapa Nak Tiket Akhir Maharaja Lawak Mega?

Siapa nak tiket Maharaja Lawak Mega Episod akhir minggu hadapan yang bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam?? angkat tangan...!!

Caranya sangat mudah.

1. Tinggalkan Nama dan no.telefon anda 
2. Berapa seat nak (min 1 , max 4) 
3. link blog anda.

Tiket deqlis akan berikan ikut berapa banyak tiket ada dan siapa cepat dia dapat....
deqlis akan berikan ikut turutan siapa yg cepat minta dulu...dia yg bakal dapat dulu....

Ada syarat lain?

takde itu jer..senang kan..nak follow sila lah follow tak nak pun takper, nak add dlm bloglist uool pun boley ..tak nakpun takper... 

Soalan lain?
Ada nak mintak extra tiket? boleh minta...jika ada deqlis kasik...:-) tp max di atas limited 4 pax per 1 blogger.

Okay.....jumpa lagi

Wednesday, December 21, 2011

Jumpa Pemain Bola & Taura Taufany

Abg Zainal Abidin Hasssan....akhirnya berjumpa kita ya...! selalu tiap2x minggu deqlis call shj Abg Jenal nie  as reminder utk ke Shah Alam Royal Theater....AbgJenal nie walau nampak serius orangnya..tetapi kelakar juga orangnya...pandai bergurau juga...so mmg layak lah menjadi juri Maharaja Lawak Mega...:-) dan deqlis dengar2x...salah satu sebab pemilihan Abg Jenal dibuat oleh pihak Astro Warna adalah kerana Abg Jenal sendiri yang begitu berminat dengan rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak sebelum ini....khabarnya pihak produksi sering melihat Abg Jenal datang bersama keluarga untuk menjadi penonton rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.... dari minta akhirnya menjadi rezeki Abg Jenal menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega...:-)

Bersama Taura Taufany.... juri jemputan MLM minggu ke 7...
deqlis datang pun terpaksa berdiri tau....haa punyalaaahh ramai penyokong dan peminat setia rancangan nie...
demi uools deqlis ngan en hb yg sporting tue sanggup berdiri....yg best pulak..klu berdiri nie...senang nak bergerak...tak perlu tunggu commercial break baru boleh bangun..heheh:-) Terima Kasih kepada Taura kerana deqlis dapat ole2x berupa Cd single terbaru daripadanya:-)

Inilah manager Taura.... sangat peramah dongg....bisa dibuat kawan...sangat baik hati dan memahami kerjaya deqlis:-) keep in touch ya adik Victor:-)

sorry...logo copyright tu terbesor laa sangattt... tapi uools jgn tak nampak OSBON kat belakang tue....superman tu kan?? haha

sidang akhbar....

ehhh!! gambo nie sesat kat sini.... heheh... popular jugak kan org sebelah deqlis nie.. dia maharaja lawak gak..tapi kat rumah laa .....Maharaja Lawak Romantik Komedi Mega..miahahahaha...:-)

hehehe..thanks sudi baca...jumpa lagi..:-)





Tuesday, December 20, 2011

Musim artis berperang ke??


Adehh!! Mengapa Oh Mengapa nak isytihar2x perang niehhhh??? dari Maharaja Lawak nak Maharaja Perang pulak.....uools dengar tak desas desus mengatakan Adlin sedang berperang dengan Chef Wan?? hmm tak tahulah nak cakap apa....rasanya ramai yang telah memberi komen di blog ini....dan seronok pulak baca komen diorang.... uools klu nak tahu perang dunia ke -4 yg meletus  nie macam mana gayanya..jom terjah blog nie....mmg lengkap laa cerita kat situ..dan komen2x bernas....dan boleh dikatakan ada benarnya juga komen2x daripada para blogger tue...pepun sebagai TM, deqlis doakan agar kedua-duanya berdamai dan silalah hormat konsep rancanga MLM tue...

Perang Kak Ogy dengan Johan pun tak tahu apa kes dah sekarang nie?? timbul pulak perang baru...

P/S: kadang2x deqlis pun berperang jugak...perang mental kat opis ku ini,....hahah..^%$#@*+_!&

uools jgn tak tahu deqlis pun minat Adlin dgn watak Sangeta nyer...cuma watak yg bawak suar dalam masuk atas stage dan tiru gaya tue kurenggg sikit...rasa Adlin boleh buat much better than that laa... pepun tetap penyokong OSBON dan BOBOI...:-)

Saturday, November 19, 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

 Kemeriahan berada di lokasi Maharaja Lawak Mega....deqlis sempat menghadirkan diri pada minggu pertama ini sahaja..minggu-minggu lain deqlis tak sempat pun pergi memandangkan deqlis sibuk dengan beberapa program lain.
 Tapi yang sedihnya, deqlis sampai2x show dah nak start..so tak dptlah jumpa juri2x nie...nak memperkenalkan diri selaku orang yang menghubungi mereka. Pepun deqlis suka semua juri malam nie....
 Gaya Chef Wan sebagai pengkritik, walaupun ramai yang mempertikaikan kenapa juri-juri dikalangan mereka yang bukan pelawak otai, namun bagi deqlis Datuk Chef Wan atau lebih selesa dan suka deqlis panggil Chef Wan sahaja (al-maklumlah bg deqlis title Chef dia lagi besar n power dari Dato) aka nak panggil Datuk chef Wan macam panjang sangat..... tapi yang bestnya walau deqlis panggil Chef Wan sahaja, Chef Wan tak pernah tarik muka tau...... taklah seperti Datuk2x lain2x yang deqlis dengar dari sumber2x yg boleh dipercayai....tak panggil Datuk muka masam mencuka..hehe...pepun salute laa Chef Wan...Datuk CT pun sama, panggil Kak CT pun senyum sahaja:-) Buat abg Zainal Abidin Hassan, dia yang paling berdebar katanya untuk menjadi juri, walaubagaimana pun deqlis seronok mendengar komen dari seolrang ahli sukan....dan Imran Ajmain....juri jemputan minggu pertama..... Imran pun ada gaya macam juri tetap lah....:-) 
 Telatah mereka sungguh menggeletek hati..... walaupun kelakarnya jenis kutuk orang hehe..tp mmg kelakar giller:-) dan salute laa diorang nie berani wooo...:-)
Semua peserta berada di stage sebelum tamat rancangan. Lepas rancangan deqlis terus cabut..hehe...dekat pukul 1 pagi jugak bergerak dari Shah Alam Royal Theater pulang ke rumah...al-maklumlah minggu pertama hingga ke-3 MLM habis jam 12.30 malam... minggu seterusnya tamat pada 12 malam.

Minggu depan InsyaAllah jika takde aral deqlis nak turun laa....minggu nie deqlis sibuk menguruskan Festival Filem Malaysia 24 dan Konsert Emas yang bakal berlansung pada 20 dan 21 November. Buat pemenang Tiket Maharaja Lawak siapa yang tak pergi kena denda ....kenapa tak boleh pergi malam semalam uolls masuk GA tue? sian bg yg nak pergi..... so pas nie, klu utk minggu depan....jika siapa yg boleh dtg pada 25 Nov sahaja yg boleh join GA ya..... Kesian kat kawan2x lain yg nak pergi....tapi takde tiket...dan deqlis ingatkan bg yang join sila laa dtg tgk keputusan pemenang di blog deqlis pada hari Khamis/Jumaat yer.. disebabkan deqlis agak sukar nak bukak blog semasa bekerja.... jadi deqlis akan email shj kepada pemenang ..mmg deqlis tak dpt nak ke blog uools utk memberitahu...  (haa nie jika ada lagi laa deqlis buat GA nie akan datang ya....) 

Okay...selamat berhujung minggu dan terima kasih sudi baca.:-)